Wednesday, May 6, 2015

Ilalliqaa' Wa Ma'assalaamah

6 Mei 2015 ( Rabu ) merupakan hari terakhir praktikal di SK Pulau Meranti buat keempat-empat guru praktikum : Ustaz Fathullah, Ustaz Haziq, Ustaz Sirajul dan Ustaz Mohd Nor. Selepas sebulan menjalani latihan praktikal perguruan keempat-empat ustaz tersebut telah menunjukkan komitmen yang tinggi  dan telah memberi kerjasama yang baik dalam membantu Panitia Pendidikan Islam khasnya dan pihak sekolah amnya. 

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah mengadakan jamuan perpisahan sebagai tanda kenang-kenangan. Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang. Ilalliqaa'  Wa Ma'assalaamah.

Ucapan Ketua Panitia Pendidikan Islam

Ucapan PK Pentadbiran

Ucapan wakil guru praktikal 

Jamuan perpisahan bersama pentadbir


Disediakan oleh :
Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan

No comments:

Post a Comment