Thursday, November 10, 2016

KEM BESTARI SOLAT FASA 2 2016

Kem Bestari Fasa 2 telah pun diadakan dengan jayanya kepada semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 dengan menggunakan peruntukan Kem Bestari Solat sebanyak RM 1,212.00.

Program Kem Bestari Solat Kali ke-2 ini lebih kepada penumpuan terhadap bacaan dalam solat yang tidak dikuasai oleh murid. Oleh itu, pada kali ini, lebih kepada sesi LDK dan praktikal solat secara individu.

Semoga program yang dirancang dapat memberi manfaat kepada murid-murid untuk  melaksanakan kewajipan solat dalam kehidupan mereka sehari-hari.

Laporan di sediakan oleh:

Pn. Nasibah binti Sairi
Penyelaras KBS 2

Lensa Gambar KBS Sesi Pagi dan Petang











Sunday, September 4, 2016

Majlis Restu Ilmu UPSR 2016

Pada 2 September 2016, Jumaat Panitia Agama Islam & Unit Bimbingan Dan Kaunseling menganjurkan majlis restu ilmu bagi calon UPSR 2016.

Majlis Restu Ilmu merupakan langkah dan persediaan akhir calon-calon UPSR sebelum menghadapi peperiksaan. Majlis ini juga dimulakan dengan program bacaan Yassin untuk memperkukuhkan rohani, menaikkan semangat murid dan guru-guru.

Majlis Restu Ilmu ini dilaksanakan bagi memastikan semua murid tahun 6 mendapat restu ilmu yang diajar oleh guru-guru mereka dari Pra hingga tahun 6.















Saturday, June 25, 2016

CERAMAH SEMPENA NUZUL AL-QURAN


Jumaat, 24 Jun 2016- Panitia pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah mengadakan majlis sambutan nuzul al-quran diperingkat sekolah. Sambutan ini diadakan untuk memperingati sejarah penurunan al-quran yang berlaku pada tarikh 17 ramadhan setiap tahun. Seluruh umat Islam di dunia turut meraikan peristiwa bersejarah ini. 
           Pengisian majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis iaitu ustaz mohd helmi bin jumri sebagai pembuka majlis dan diteruskan dengan bacaan alunan ayat suci al-quran yang telah disampaikan oleh adik Mohamaad Danishahmi dari kelas 6 Gemilang. Seterusnya majlis disusuli  dengan ceramah tentang nuzul al-quran yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu ustaz Effendi dari SK. Labu Lanjut. 
            Antara pengisian ceramah beliau tentang sejarah penurunan al-quran dan peristiwa peperangan yang berlaku dibulan ramadhan iaitu perang badar al-Kubra. Selain itu, beliau turut menyelitkan selingan kisah-kisah teladan dan motivasi kepada murid.. Beliau juga turut melontarkan beberapa soalan kepada murid tentang intipati ceramah beliau dan murid yang telah berjaya menjawabnya diberikan  ganjaran berupa duit raya.
           Majlis diakhiri dengan ucapan aluan GPK Pentadbiran En. Mohd Azmin bin Atan selaku mewakili pihak Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih kepada penceramah jemputan dan berharap agar majlis ilmiah ini diteruskan saban tahun.Sekalung penghargaan diberikan kepada penceramah pada akhir majlis dengan penyerahan cenderahati oleh pihak sekolah. Secara keseluruhanya, objektif dan matlamat majlis ini telah tercapai dan mendapat sambutan dari semua yang terlibat. Jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana majlis ini.


       












Thursday, June 16, 2016

Tarikh : 13 Jun 2016
Masa : 7:30 pagi
Hari : Isnin
Tempat : Dataran SKPM

Bulan Ramdhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus Al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan A-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengkukuhan sahsiah pelajar dan warga sekolah.

Matlamat program ini , mendedahkan murid-murid dengan kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadhan di samping menggalakkan mereka menjalani ibadah puasa dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Objektif 
-Meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang disyariatkan berpuasa.
-Memperbanyakkan amalan-amalan sunat di bulan yang diberkati.
-Memberikan pengalaman yang berguna kepada para pelajar dengan suasana majlis di bulan Ramadhan.
-Merapatkan hubungan sesama murid, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah.

SASARAN
Semua murid dan warga sekolah.



AKTIVITI

Bulan Panitia Pendidikan Islam
Jun-Julai 2016

Tahap 1:

  • Kuiz Permata Islam 
  • Teka silangkata 
  • Hafazan Surah Juzu' Amma
  • Tazkirah / Ceramah
  • Mewarna Kad Hari Raya


Tahap 2:

  • Kuiz Permata Islam 
  • Teka silangkata 
  • Hafazan Surah Juzu' Amma
  • Tadarus Al-Quran 
  • Khatam Al-Quran



Bulan Panitia Bahasa Arab
Jun-Julai 2016

Tahap 1:

  • Kuiz Pintar Arab
  • Kalam Lughawi berkumpulan (Terbuka)
  • Kamus Mini Bahasa Arab (Terbuka Individu)


Tahap 2:

  • Kuiz Pintar Arab
  • Kalam Lughawi berkumpulan (Terbuka)
  • Buku Skrap Bahasa Arab (Terbuka Individu)




















Wednesday, May 4, 2016

PROGRAM BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT PERDANA

Program Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Perdana merupakan aktiviti di bawah Panitia Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab serta kerjasama PIBG SK Pulau Meranti dan Masjid Meranti, Kampung Pulau Meranti, Puchong.

Program ini merupakan salah satu usaha yang dirancang untuk kecemerlangan murid-murid tahun 6 khususnya dan murid-murid yang lain umumnya. Bagi memohon kehadrat Allah S.W.T ketenangan, kemudahan serta kelancaran dalam urusan menuntut dan menyebarkan ilmu.

Selain dari usaha mendoakan kejayaan murid-murid, ianya dapat membentuk budaya berusaha bersungguh-sungguh memohon doa dan bertawakkal kepada Allah serta merapatkan hubungan antara murid, ibubapa, guru dan masyarakat setempat.

Program ini bermula pada jam 7.00 petang dengan pendaftaran para hadirin dan murid-murid SK Pulau Meranti. Dimulai dengan solat maghrib secara berjemaah seterusnya bacaan yaasin dan solat hajat beramai-ramai. Murid yang hadir bersama ibubapa diminta untuk duduk bersama-sama ibubapa masing-masing sepanjang program. Kemudian, para jemaah menunaikan solat Isyak berjemaah. Lebih kurang jam 9.30 malam semua murid, ibubapa, guru dan para jemaah dijamu dengan jamuan makan malam.




                                                                    LENSA KAMERA











Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang. Semoga usaha murni ini diberkati oleh Allah S.W.T.