Tuesday, December 30, 2014

Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab Bil 1/2015

Bismillahirrahmaanirrahiim....

Segala puji bagi Allah Taala, pada hari ini tanggal 31 Disember 2014, Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah berjaya mengadakan mesyuarat kali pertama untuk sesi 2015. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam sesi 2015 iaitu Ustazah Ainul Fathiah bt Muhd Fauzi. Manakala urusetia bagi mesyuarat kali ini ialah Ustazah Nor Hanim bt Ismail. Mesyuarat dimulai dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Helmi b Jumri. Semua guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab hadir pada mesyuarat kali ini, melainkan Ustazah Nor Diana bt Amiruddin yang terlibat dengan musibah banjir di Kelantan. Kami mendoakan agar Ustazah Nor Diana tabah dan sabar dengan ujian ini. Mesyuarat juga turut dihadiri oleh Pn Salinda bt Kadri selaku guru Pendidikan Moral.

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan 2 orang guru yang baharu iaitu Ustazah Nor Hanim dan Ustazah Norhalida. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Panitia yang hadir pada hari ini. Pengerusi membentangkan takwim dan perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2015. Selain itu, semua AJK diberi tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam meningkatkan dan menaikkan nama panitia pada masa akan datang. Pelbagai program dan aktiviti yang telah dibentangkan kepada semua AJK dan antara program yang akan dilaksanakan pada masa terdekat ialah Sambutan Maulidur Rasul dan Kem Bestari Solat Pertama iaitu pada 24 Januari 2015 .Beliau berharap agar semua AJK dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Mesyuarat ditangguhkan jam 12 tengahari,


Guru-guru khusyuk mendengar pembentangan oleh Ketua Panitia.

Semua guru sama-sama membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan bagi sesi 2015.

Ketua Panitia membentangkan senarai tugas kepada semua AJK  yang hadir.




Dilaporkan oleh : Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan



Tuesday, September 2, 2014

Pemantauan Bilik j-QAF Daerah Sepang

Bismillahirrahmanirrahim...

29 Ogos 2014 bersamaan hari Jumaat yang lalu, Pemantauan Bilik j-QAF Peringkat Daerah telah dijalankan. Seramai 2 orang pegawai dari PPD Sepang dan 2 orang Jurulatih Utama ( JU) Sepang telah datang ke SK Pulau Meranti bagi memantau Pengurusan Bilik j-QAF dan membuat lawatan ke Musolla Al-Ikhsan yang telah mendapat Johan Peringkat Daerah Sepang baru-baru ini. Antara pegawai PPD yang hadir ialah Ustazah Jamiah dan Ustaz Mohd Faizal bin Hussin. Terdapat beberapa teguran yang telah diberikan oleh Ustaz Mohd Faizal untuk penambahbaikan pada masa akan datang antaranya menyediakan pelan lantai khas untuk bilik j-QAF, menambah lagi dua fail pengurusan bilik j-QAF mengikut instrumen yang telah ditetapkan dan menyediakan carta yang membezakan antara organisasi pengurusan j-QAF dan organisasi pengurusan bilik j-QAF. InsyaAllah, segala teguran dan tunjuk ajar yang diberikan akan dibuat penambahbaikan untuk masa akan datang.

Ustaz Mohd Faizal sedang memberikan nasihat dan tunjuk ajar.

Gambar kenangan barisan pemantau dari PPD Sepang,
pentadbir SKPM & guru Pendidikan Islam & J-QAF

Gambar kenangan Ustazah Jamiah ( PPD Sepang)
dan Ustazah Roshida ( KP P.Islam )

Ilalliqa'...sehingga berjumpa lagi.



Dilaporkan oleh : Ummulyusr

Monday, August 18, 2014

Majlis Khatam Al-Quran & Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab

Bismillahirrahmaanirrahim......

15 Ogos 2014 (Jumaat )- Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab pada kali ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis dimulai dengan Bacaan Yasin di Dataran Perhimpunan seawal jam 7.20 pagi. Seterusnya, semua murid diminta berkumpul di dewan untuk sama-sama menyaksikan Majlis Khatam Al-Quran  2014 peringkat sekolah. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Yusnizan b Ahmad Marzuki. Seramai 16 orang murid Tahun 6 yang telah khatam Al-Quran telah dipilih untuk menyertai majlis khatam pada kali ini. Ke semua mereka diarak ke dewan dengan diiringi oleh paluan kompang.  Naqib Khatam yang diamanahkan untuk membimbing para peserta ialah Ustaz Mohammad Helmi b Jumri. Setelah selesai bacaan khatam Al-Quran, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta khatam oleh Guru Besar, Pn Siti Habsah bt Ahmad dan diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada En Nordin b Mat Hussin dan En Yusnizan b Ahmad Marzuki di atas sumbangan yang telah diberikan. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada semua pentadbir SKPM dan diikuti dengan penyampaian hadiah kepada pemenang  sempena pertandingan bulan panitia yang telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Majlis bersurai pada jam 10.15 pagi. Semua warga SKPM dijemput ke kantin untuk  menikmati jamuan makan. Sekian.


Peserta Khatam berarak masuk ke dewan.


Barisan pentadbir SK Pulau Meranti.

Para peserta mempersembahkan bacaan Al-Quran. 

Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada peserta
khatam. 

Pn Roshida menyampaikan cenderahati kepada Guru Besar.

Pn Nora menyampaikan hadiah kepada pemenang tulisan cantik
Tahap 1.


En Mohd Azmin menyampaikan hadiah kepada pemenang
imlak jawi Tahap 1

Murid beratur mengambil makanan setelah selesai majlis.





Dilaporkan oleh : Ummulyusr

Sunday, August 17, 2014

LAWATAN PENANDA ARAS FAIL PENGURUSAN PANITIA DAN j-QAF

13 Ogos 2014 (Rabu)- Tepat jam 4.05 petang, kami telah didatangi oleh sekumpulan guru agama dan j-QAF dari SK. Taman Putra Perdana 1 untuk sesi penanda aras fail pengurusan panitia dan j-QAF. Tujuan utama kehadiran mereka adalah untuk melihat cara pengurusan fail dilakukan dan mengambil contoh setiap dokumen serta item yang diperlukan. lawatan penanda aras ke sini berdasarkan rekod pencapaian kejayaan SKPM yang telah mencapai kejayaan 3 tahun berturut-turut anugerah pengurusan fail panitia terbaik daerah sepang. semoga dengan lawatan sebegini dapat membantu mereka dalam memastikan pengurusan fail panitia dan j-QAF berjaya dilaksanakan. inshaALLAH..


Pn. Azizah Mokhlas selaku wakil pihak pentadbir menandatangani rekod pelawat

khusyuk meneliti setiap dokumen 

guru-guru sktpp 1 bersungguh meneliti dokumen 

Saturday, August 9, 2014

Pemantauan Musolla Peringkat Negeri Selangor

Bismillahirrahmanirrahim...
7 Ogos 2014 - Baru-baru ini, Musolla Al-Ikhsan telah didatangi oleh 4 orang pemantau antaranya dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, PPD Hulu Langat dan 2 orang lagi JU wakil dari jabatan. Turut hadir pada hari tersebut, wakil Pegawai PPD Sepang, Ustaz Mohd Faizal b Hussin. Mereka tiba di SKPM pada jam 11 pagi dan terus dijemput ke bilik mesyuarat untuk menikmati jamuan ringan. Sambil menikmati juadah, Pn Nasibah bt Sairi telah membentangkan serba ringkas berkaitan aktiviti Musolla Al-Ikhsan sepanjang tahun 2014. Seterusnya ke semua pemantau dibawa ke musolla untuk melihat sendiri situasi sebenar keadaan musolla sekolah. Setiap pemantau dibahagikan kepada 4 bahagian dan setiap bahagian ditemani oleh guru2 pendidikan dan jqaf bagi menjawab persoalan yang akan diajukan. Alhamdulillah, pemantauan pada hari ini berjalan dengan lancar. Segala teguran dan tunjuk ajar yang telah diberikan akan kami perbaiki pada masa akan datang. Semoga usaha yang telah dilakukan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah Taala...aamin.

Pembentangan oleh Pn Nasibah bt Sairi
Pemantauan sedang berlangsung

Ulasan keseluruhan pemantauan oleh setiap pemantau

Cenderahati untuk pemantau  sebagai kenangan. Disampaikan oleh Guru Besar, Pn Siti Habsah.

Gambar kenangan Pemantauan Musolla Peringkat Negeri Selangor.


Ilalliqa'  Wa Maa'ssalaamah..sehingga berjumpa lagi.


Dilaporkan oleh : Ummulyusr

Wednesday, August 6, 2014

Penentuan Arah Qiblat Musolla Al-Ikhsan

Bismillahirrahmanirrahim

6 Ogos 2014 ( Rabu ) - Alhamdulillah, akhirnya terjawablah sudah arah Qiblat bagi Musolla Al-Ikhsan, SK Pulau Meranti. Seramai 4 orang wakil pegawai dari Jabatan Mufti Selangor telah datang ke sekolah kita bagi membuat penentuan arah Qiblat yang tepat. Sebelum ini arah Qiblat musolla sekolah diukur berdasarkan kompas. Untuk menentukan arah Qiblat yang lebih tepat, pihak panitia Pendidikan Islam telah membuat permohonan kepada pihak Jabatan Mufti Selangor pada Bulan Ramadhan yang lalu. Dalam tempoh 2 minggu sahaja, Jabatan Mufti Selangor telah memaklumkan akan hadir ke sekolah pada hari ni.Turut hadir pada hari yang bersejarah ini, Pegawai PPD jQAF Ustaz Mohd Faizal bin Husin dengan diiringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran SK Pulau Meranti, En Mohd Azmin b Atan. Jazaakumullah khairan kathira di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian..Wallahu a'lam.

Pegawai Jabatan Mufti Selangor membuat kerja pengukuran.

Turut hadir, Pegawai PPD j-QAF, Ustaz Mohd Faizal Bin Husin.

Kerja-kerja pengukuran arah Qiblat.

Kerja pengukuran arah Qiblat sedang dijalankan sambil diperhatikan oleh Pegawai PPD j-QAF.

Ustaz Helmi sedang menanggalkan tanda arah Qiblat yang lama.

Turut membantu bersama-sama, PK Pentadbiran En Mohd Azmin b Atan.

Dilaporkan oleh : Ummulyusr


Sunday, August 3, 2014

ANAK DIDIK SKPM TAHUN 6..BERSEDIAKAH ANDA????

RAMADHAN TELAH PERGI.
.SYAWAL MASIH DIRAI.
.HMMMM...UPSR TINGGAL BEBERAPA HARI LAGI NI...



Medan Pertempuran Kecemerlangan is on  Tuesday, 9 September 2014
at 08:00, MYT timezone (+0800 GMT)

UPSR 2014 is in 36 days, 17 hours, 23 minutes


Saturday, August 2, 2014

YA ALLAH...SELAMATKAN BUMI PALESTIN ...



ESOK KITA JEJAK KE SEKOLAH SEMULA YA...

SELAMAT BERTUGAS DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ANAK MURID....











TAHNIAH SKPM!!!!!KEKAL JUARA BERTAHAN MUSOLLA TERBAIK DAERAH SEPANG

Syukur alhamdulilah..dengan berkat usaha dan kerjasama dari semua guru dan anak didik skpm...akhirnya SKPM berjaya mengekalkan kejuaraan dalam pertandingan mengimarahkan musolla...kali ini,pemantauan lebih mengfokuskan aktiviti yang dijalankan di musolla.. syukur atas nikmat kurniaaNYA...musolla al-ikhsan telah meraih kejayaan...seterusnya mewakili daerah ke peringkat negeri... untuk makluman..pada tahun 2013, satu pencapaian yang membanggakan daerah sepang apabila musolla SKPM telah mendapat tempat ketiga...syukur kepadaNYA...semoga tahun 2014 ini bakal memberi kejayaan yang lebih cemerlang kepada kami..aminnn..inshaALLAH..kita mampu berusaha hanya ALLAH penentuNYA..





Friday, August 1, 2014

SALAM KASIH MESRA LEBARAN AIDILFITRI

25 Julai 2014-(Jumaat)- Seperti biasa, setiap hari jumaat SKPM mengadakan bacaan yassin mingguan. Sejurus selepas bacaan yassin, sedikit tazkirah ringkas telah disampaikan sempena lebaran syawal yang akan menjelang beberapa hari lagi...seterusnya diadakan majlis salam kasih mesra lebaran aidilfitri...dimulakan dengan ucapan ingatan kasih sayang darii ummi SKPM Pn. Siti Habsah mengingatkan anakanda-anakanda SKPM supaya berhati-hati ketika menyambut hari raya, jangan bermain mercun,teruskan amalan berziarah sanak sedara dan tidak lupa kepada pelajaran terutamanya tahun 6....seterusnya majlis diterusakan dengan acara bersalaman dengan guru dan murid serta guru bersama guru dan kakitangan sekolah..acara dimeriahkan lagi dengan alunan lagu-lagu raya namun dalam kemeriahan menyambut...SKPM masih mengingati rakyat palestin yang masih menderita menerima kepedihan dengan kemusnahan yang melanda...selain itu, SKPM juga amat bersimpati dengan tragedi MH17..semoga kaum keluarga mangsa tabah menghadapinya..

salaman ummi

IKATAN KASIH RAMADHAN..

24 JULAI 2014...Majlis ikatan kasih ramdhan telah diadakan bagi meraikan anak-anak yatim dan golongan yang kurang upaya...suasana bertambah meriah dengan dendangan lagu raya dan sumbangan raya daripada pihak sekolah kepada mereka...terpancar wajah kegembiraan mereka..alhamdulilah...pihak SKPM menjadikan majlis ini sebagai aktiviti tahunan sekolah...semoga adik-adik ini bertambah lebih gembira dengan pemberian yang ikhlas ini...terima kasih dan tahniah diucapkan kepada guru besar kerana memberi sokongan yang padu serta semua guru dan kakitanagan sekolah kerana telah menjayakan majlis ini..

                                 

    

Sunday, July 27, 2014




Ramadhan bakal beransur pergi,Syawal menjelma di aidilfitri,Seikhlas hati menyusun jari,memohon dimaaf kekhilafan diri, 
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin



Tuesday, July 22, 2014

RAMADHAN BAKAL PERGI...

Tingkatkan amalan di malam 10 akhir Ramadan

SEDAR tidak sedar, kini kita sudah berada di penghujung bulan Ramadan, ada baiknya jika kita renungkan kembali, apakah kita pasti bahawa ibadah puasa yang telah kita lakukan selama ini telah diterima oleh Allah?


"Ya Allah, bimbinglah kami mencari redhamu"

Apakah kita masih melakukan perkara-perkara yang mencacatkan pahala puasa? Apakah puasa kita layak diberi ganjaran pahala oleh Allah?  Atau kita hanya mendapat lapar dan dahaga tanpa sebarang pahala?.
Sesungguhnya hanya diri kita sendiri yang dapat menilai kualiti ibadah puasa yang telah kita lakukan. Ini kerana ibadah puasa adalah rahsia antara seorang hamba dengan tuhannya.
Sabda Rasulullah s.a.w. :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ اِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ". 
Maksudnya : " Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan  akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu " .

( H.R. Bukhari dan Muslim ) 
 
Puasa meningkatkan ketaqwaan

Salah satu hikmah diwajibkan berpuasa adalah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 183 :
Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa " .
Berdasarkan Firman Allah ini, jelaslah kepada kita bahawa kesan puasa bagi orang yang beriman ialah bertambah ketaqwaan kepada Allah. Justeru, setelah hampir sebulan kita berpuasa, apakah kita merasai taqwa kita bertambah atau berkurang?.

Apakah jiwa kita semakin bersemangat membanyakkan amal ibadah atau jiwa kita semakin lalai dan meringankan ibadah?
Apakah pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan ini, kita semakin banyak membaca al-Quran,  banyak bersedekah,  beriktikaf,  banyak berzikir dan beristiqfar ?

Apakah pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan ini, kita semakin banyak membaca al-Quran,  banyak bersedekah,  beriktikaf,  banyak berzikir dan beristiqfar ? Ataupun pada sepuluh hari terakhir Ramadan ini,  kita habiskan masa dengan membeli-belah, membuat persiapan hari raya yang berlebihan,  meninggalkan sembahyang terawih,  kurang membaca al-Quran dan berbual-bual kosong sehingga melupakan kelebihan di akhir Ramadhan?.
Nikmat malam sepuluh akhir Ramadan
Adalah sungguh bijak bagi kita merebut segala peluang yang Allah sediakan pada hari-hari terakhir Ramadan daripada kita mensia-siakan baki sepuluh akhir Ramadan.

Ini kerana kita tidak pasti lagi sama ada kita berpeluang atau tidak menyambut Ramadan pada tahun hadapan.Kerana sesungguhnya Allah telah menyediakan satu malam yang nilai keberkatan dan ganjaran pahala pada malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan. Firman Allah dalam surah al-Qadar :
Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu,  turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut ) . Sejahteralah malam ( yang barakah ) itu hingga terbit fajar " .  
(Surat al-Qadar ayat :1-5 )
Kita akan merasa kesal jika mensia-siakan peluang keemasan yang Allah sediakan kepada kita iaitu malam Lailatul Qadar. Kerana segala amal ibadah yang dilakukan pada malam tersebut, ganjaran  berlipat kali ganda. Janganlah kita seolah-olah merasakan amal ibadah kita telah banyak sehingga mengabaikan malam tersebut.

Malam Lailatul Qadar adalah malam untuk kita melipatgandakan amal ibadah dan mengumpul sebanyak-banyaknya pahala sebagai bekalan ketika bertemu Allah di akhirat kelak. Sedangkan Rasulullah s.a.w. 

Sendiri menanti-nanti malam tersebut dan melipatgandakan amalan Baginda, inikan lagi kita sebagai hamba yang banyak melakukan dosa dan sedikit amal. Dalam sebuah Hadis ada menyatakan bahawa Saidatina Aisyah r.a. berkata :

"كَانَ النَِّبيُّ (ص) إِذاَ دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْياً لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ". 
( Hadis riwayat bukhari )
Maksudnya : " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga " .
Lailatul Qadar anugerah untuk Umat Muhamad
Lailatul Qadar adalah malam yang dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. dan tiada siapa yang tahu bila berlakunya malam tersebut walau diri Baginda sendiri. Sungguhpun demikian, Baginda menasihatkan umatnya supaya sentiasa memperbanyak dan mempertingkatkan amal ibadah khususnya pada malam-malam ganjil pada akhir Ramadan. Sabda Baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari :

"تَحَرَّواْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ". 
Maksudnya :  " Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan " .  
( Hadis riwayat bukhari )
Justeru, langkah terbaik supaya kita tidak terlepas peluang keemasan malam tersebut hedaklah kita terus beristiqamah melakukan amal ibadah dan memperbanyakkan lagi pada sepuluh malam terakhir terutama pada malam-malam ganjil. Janganlah pula kita terlalu sibukkan diri dengan mementingkan persediaan menyambut hari raya sehingga melupakan dan meringan-ringan amal ibadah .

Tarbiah Ramadan jangan dilupakan
Kita semua menyedari bahawa pada waktu dan saat begini, kemeriahan menyambut awal Syawal atau hari raya semakin dirasai. Masing-masing sudah berkira-kira dan merancang perjalanan untuk pulang ke kampong atau membuat persiapan menyambut hari lebaran.
Kesabaran menahan lapar dan dahaga sepanjang siang Ramadan juga sewajarnya menjadikan diri kita lebih sabar menjalani liku-liku kehidupan.

Sememangnya agama Islam tidak melarang kita membuat persediaan bagi memeriahkan sambutan hari raya. Ini kerana hari raya adalah hari kemenangan kita ummat Islam melaksanakan rukun Islam ketiga dan berjaya menumpaskan hawa nafsu dan godaan syaitan.
Cuma kita diberi peringatan agar jangan mengabaikan nilai dan roh Ramadan sehingga seolah-olah ibadah puasa yang kita kerjakan langsung tiada memberi kesan yang baik kepada diri kita. Sewajarnya sembahyang terawih yang dikerjakan setiap malam Ramadan dapat membiasakan kita mengamalkan sembahyang-sembahyang sunat yang lain.

Kesabaran menahan lapar dan dahaga sepanjang siang Ramadan juga sewajarnya menjadikan diri kita lebih sabar menjalani liku-liku kehidupan. Latihan kesabaran tersebut dapat membuang sikap panas baran, gopoh-gapah dan mementingkan diri sendiri yang mungkin menjadi kebiasaan kita sebelum ini .

Begitu juga, berpuasa dapat mengembalikan kesihatan tubuh badan yang mungkin sebelum ini kita tidak berkesempatan mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Jom cari Lailatul Qadar  
Sesungguhnya masih belum terlewat untuk kita kembali memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan mengamalkan amalan-amalan berikut :  
  1. Berusaha membanyakkan amal ibadah pada bulan Ramadan ini seperti sembahyang terawih, membaca al-Quran, beriktikaf dan bersedekah.
  1. Berusaha mendapat kelebihan Lailatul Qadar dan keberkatan-Nya terutama pada malam sepuluh terakhir Ramadan.
  1. Sentiasa memohan keampunan dari Allah dan pembebasan dari azab api neraka.
  1. Menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah untuk diri dan tanggungannya kita.
Maksudnya : dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada-mu mengenai aku, maka ( beritahu kepada mereka ) sesungguhnya aku ( Allah ) sentiasa hampir ( kepada Mereka ), aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku ( dengan mematuhi perintahku ), dan hendaklah mereka beriman kepada aku supaya mereka menjadi baik serta betul " . ( Surah al-Baqarah ayat: 186 )  

Thursday, July 17, 2014

Bacaan Yassin Mingguan

18 Julai 2014-Jumaat..alhamdulilah..bacaan Yassin mingguan berjalan seperti biasa..bacaan yassin telah diketuai oleh En. Yusnizan Ahmad Marzuki..Bacaan Yassin ini juga dikhaskan untuk umat Islam di Palestin yang sedang menderita akibat serangan kaum Yahudi Israel..doa dipanjatkan agar ALLAH memberi perlindungan kepada mereka yang tidak berdosa..lebih-lebih lagi anak kecil yang masih belum kenal erti kehidupan...semoga yang telah terkorban ditempatkan dikalangan orang yang beriman...

murid sedang menghayati bacaan yassin

bacaan yassin

Meraih Lailatul Qadar di 10 Akhir Ramadhan




Assalamualaikum warahmatullah...

Malam ini merupakan malam yang ke 20 Ramadhan. Ini bermaksud kita telah memasuki fasa yang akhir di Bulan Ramadhan 1435H. Banyak hadith dan ayat al- Quran menyebut tentang kelebihan 10 akhir Ramadhan. Antaranya :

Firman Allah :

" Sesungguhnya Kami telah menurunkannya ( Al-Quran ) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu Apakah malam kemuliaan iti ? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan Izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. malam itu (penuh) Kesejahteraan sampai terbit fajar" ( Surah al-Qadr 1-5 )

Daripada Aisyah r.a:

“Rasulullah saw sering beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan dan bersabda: “Carilah malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan”. (Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Terdapat hadith yang menyebutkan tentang kelebihan beribadah di malam Laitul Qadar sebagai malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Rasulullah telah menyatakan bahawa sesiapa yang mendirikan ibadah pada malam Laitul Qadar dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah akan diampunkan dosa-dosa yang terdahulu.


Daripada Abu Hurairah r.a dari nabi saw bersabda:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam Laitul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”. (Bukhari dan Muslim)


Antara amalan-amalan soleh yang dapat kita amalkan sepanjang berada di fasa terakhir ini ialah :
  1. Menghidupkan malam dengan solat sunat 
  2. Iktikaf di masjid 
  3. Memperbanyakkan ibadah seperti bersedeqah 
  4. Mengejutkan ahli keluarga melakukan ibadah 
  5. Memperbanyakkan doa 
  6. Menjauhi persengketaan atau permusuhan dan saling bermaaf-maafan 
  7. Memperbanyakkan membaca Al-Quran 

Marilah kita sama-sama merebut 10 malam akhir ini agar kita dapat keampunan daripada Allah Taala serta mendapat redhaNya....Aamin Ya Rabb..

Oleh : Ummulyusr

SOLAT DHUHA DAN TADARUS AL-QURAN

15 Julai 2014 - alhamdulilah telah selesai solat sunat dhuha yang ditunaikan oleh murid dari kelas 5 Cemerlang....solat dhuha ini telah diimamkan oleh ustaz mohd helmi. seperti biasa sebelum solat, ustaz helmi memberi sedikit tazkirah tentang kehebatan orang yang gemar menunaikan solat dhuha...alhamdulilah..sepanjang ramdhan, pengsian aspek rohani dapat diterapkan dalam jiwa murid-murid. sejurus selepas solat, diteruskan dengan aktviti bertadarus secara berkumpulan yang telah ditetapkan..semoga anak didik ini akan mnjadi insan yang soleh dan solehah..aminn..

Ustaz Helmi mengimamkan soat sunat dhuha

CERAMAH SEMPENA NUZUL AL-QURAN

11 Julai 2014- Jumaat..Seperti biasa setiap hari jumaat skpm mengadakan bacaan yassin mingguan...Sejurus selepas itu, ceramah tentang nuzul al-quran telah disampaikan oleh En. Yusnizan Ahmad Marzuki dengan tajuknya "istimewa Nuzul al-Quran"..
En. Yusnizan sedang menyampaikan ceramah
Murid memberi tumpuan semasa ceramah disampaikan

masing-masing kelihatan berfikir tentang istimewanya nuzul al-quran