Monday, November 23, 2015

SELAMAT BERCUTI & JUMPA LAGI DI TAHUN 2016

LADAP DSKP KSSR PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB TAHUN 6

02 November 2015- Pn. Nor Hanim selaku guru yang mengikuti kursus DSKP KSSR Tahun 6 Pendidikan Islam dan Pn. Nasibah binti Sairi, selaku guru yang mengikuti kursus DSKP KSSR Tahun 6 Bahasa Arab, telah membuat in-house training kepada semua guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Pada hari itu, segala bahan yang didapati di dalam kursus telah dibentangkan. Diharapkan  In house training yang dilaksanakan selama 3 jam ini dapat memberi maklumat dan input yang berguna untuk guru melaksanakan PdP dengan lebih berkesan pada tahun hadapan.









PROGRAM PASCA UPSR - PRA PENGURUSAN JENAZAH

23 Oktober 2015- Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama guru Tahun 6 telah melaksanakan Program Pra Pengurusan Jenazah. Program ini telah menjadi program tahunan Panitia khusus untuk murid-murid yang beragama Islam.

Pada hari tersebut, Pn. Radhiah binti Daud selaku jawatankuasa pengurusan jenazah  Masjid Pulau Meranti telah dijemput untuk memberi penerangan mengenai tatacara pengurusan jenazah. Bermula dengan penerangan mengenai tanda-tanda kematian, pengurusan memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, sembahyang jenazah dan ditunjukkan juga cara-cara dan adab-adab ketika berada di tanah perkuburan dan pengendalian jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad sebelum dikebumikan.

Semoga program ini memberi manfaat kepada murid-murid dalam melaksanakan tanggungjawab fardhi kifayah ini dan dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian apabila ada dikalangan keluarga terdekatnya yang meninggal dunia.



LENSA  GAMBAR  PRA PENGURUSAN JENAZAH


















PROGRAM PASCA UPSR- TATACARA MANDI WAJID.

09 Oktober 2015- Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama guru tahun 6, telah merangka program PASCA UPSR yang mana salah satu pengisiannya adalah Program Thaharah- Tatacara Mandi Wajib yang betul.

Murid lelaki dibimbing oleh ustazah Roshida dan murid perempuan dibimbing oleh ustazah Nasibah. Sebelum melakukan amali tunjuk cara mandi wajib yang betul, mereka terlebih dahulu diberi penerangan mengenai kewajipan mandi wajib dalam islam.

Semoga program ini mendapat manfaat dan ilmu yang berguna kepada mereka dalam melaksanakan kewajipan yang dituntut dalam Islam dan dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian.


LENSA SEBAHAGIAN GAMBAR  MURID MELAKUKAN TATACARA MANDI WAJIB














Thursday, September 10, 2015

Majlis Restu Ilmu


04 September 2015 ( Jumaat ) - Majlis Restu Ilmu telah dilaksanakan bagi memastikan semua murid Tahun 6 mendapat restu ilmu yang diajar oleh guru-guru bermula dari Prasekolah hinggalah Tahun 6. Majlis ini bermatlamat untuk menyuntik semangat calon-calon UPSR dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tiba.

Bermula jam 7.45pagi semua warga SKPM berkumpul di Dataran Perhimpunan bagi menyertai bacaan Surah Yaasin. Setelah selesai bacaan Yaasin semua guru dan murid Tahun 6 serta murid Tahun 5 Cemerlang masuk ke dewan bagi menunaikan Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Taubat dan Solat Sunat Hajat secara berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Helmi Bin Jumri.

Setelah selesai menunaikan solat, majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid iaitu Adik Muhammad Muqri dari Tahun 6 Gemilang. Seterusnya ucapan guru penyelaras setiap tahun dari Prasekolah hingga Tahun 6.  Dan akhir sekali ucapan dari bonda tercinta Pn Siti Habsah Binti Ahmad. Beliau menasihati agar semua calon UPSR menjawab soalan dengan tenang dan teliti. 

Majlis diteruskan lagi dengan serahan sumbangan alat tulis oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang saudara Norazli bin Said yang merupakan wakil YB Shahrum Bin Dato Sharif. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan. Akhir sekali, kepada semua calon UPSR diucapkan "Maa'ttaufiq Wannajah Fil Imtihan" UPSR 2015. 


Taklimat ringkas diberikan sebelum bermulanya solat sunat.
Murid khusyuk mendengar taklimat.

Murid tenang mendengar tazkirah.
Solat sunat secara berjemaah.
Para guru tidak ketinggalan solat bersama murid.
Ucapan pengerusi majlis.
Gambar bersama wakil YB Shahrum selepas serahan alat tulis.
Calon UPSR sedang 'selfi' bersama Ketua Pemuda Umno.





Friday, September 4, 2015

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana Sempena UPSR


3 September 2015 ( Khamis )- Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana Sempena UPSR yang diadakan baru-baru ini dapat diadakan dengan jayanya. Ini merupakan kali kedua pihak sekolah dengan kerjasama Masjid Meranti mengadakan majlis seperti ini.  Majlis  ini telah diadakan di Masjid Meranti, Kg Pulau Meranti. 

Seawal jam 6.30 petang para guru beserta AJK Masjid telah hadir ke masjid bagi membuat persiapan majlis. Pada jam 7.00 malam murid-murid bersama ibubapa masing-masing datang ke Masjid Pulau Meranti untuk sesi pendaftaran. Azan maghrib berkumandang menandakan telah masuk waktu solat fardhu maghrib. Semua jemaah masuk ke Dewan Solat untuk sama-sama menunaikan solat maghrib secara berjemaah. 

Selesai solat Maghrib, majlis diteruskan dengan solat sunat hajat. Solat kali ini diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Idrus b Shahlan selaku Imam 1, Masjid Meranti. Setelah selesai menunaikan solat hajat, majlis diteruskan dengan bacaan surah Yasin. Setelah selesai membaca surah Yaasin, para jemaah menunaikan solat Isyak secara berjemaah. 

Usai membaca doa, para jemaah dijemput menikmati hidangan  nasi lemak dan sirap ais. Jamuan makan telah ditaja oleh pihak masjid. Kehadiran ibubapa dan murid pada kali ini sangat memberangsangkan. Majlis tamat pada jam 10.00 malam. Semua guru dan AJK Masjid yang terlibat dalam menjayakan Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana Kali Kedua bagi sesi 2015 diucapkan Jazaakumullah Khairan Kathira. Sekian.
 
LENSA KAMERA 

Sesi pendaftaran
Jemaah muslimin
Bacaan Surah Yaasin dipimpin oleh Ustaz Idrus
Khusyuk membaca Surah Yaasin
Khusyuk membaca Surah Yaasin
Jemaah muslimat
Jemaah muslimat sedang menunaikan solat.
Jamuan makan
Para jemaah beratur mengambil makanan
Para guru turut hadir membantu.
Para jemaah sedang menikmati jamuan.



Monday, July 20, 2015

Majlis Khatam Al-Quran & Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan taufiq dan hidayahNya kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat Iman dan Islam. Pada hari ini Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran beserta Majlis Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab bagi sesi 2015.

Apabila berakhirnya perhimpunan rasmi sekolah, semua murid telah dibawa masuk ke Dewan SKPM. Semua pentadbir, guru dan staf turut dijemput masuk ke dewan bagi  meraikan majlis pada hari ini. Majlis kali ini dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Reeza Feelaqiz bin Shauri yang sangat petah berbicara. Acara dimulai dengan bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Yusnizan Bin Ahmad Marzuki. Semua warga SKPM khusyuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh beliau.

Seterusnya majlis diteruskan dengan 'Battle Hafazan Tahun 6' yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Helmi b Jumri. Seramai 7 orang peserta menyertai acara ini. Semua peserta telah menunjukkan persembahan yang terbaik. Majlis diteruskan lagi dengan Majlis Khatam Al-Quran dipimpin oleh Ustaz Mohd Helmi Bin Jumri. Seramai 20 orang murid tahap 2 yang terpilih telah terlibat menyertai acara ini. Selesai sahaja khatam Al-Quran, majlis kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian penutupan oleh bonda tercinta Pn Siti Habsah Binti Ahmad, Guru Besar SK Pulau Meranti. 

Seterusnya majlis diserikan lagi dengan 2 persembahan irama padang pasir iaitu nyanyian lagu arab 'Kun Anta' yang dipersembahkan oleh murid dari Kelas 3 Gemilang dan Kalam Jamaei'  dari Kelas 4 Gemilang. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta khatam Al-Quran dan pemenang bagi acara yang telah dipertandingkan sepanjang Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan. Jumpa lagi....Wa ilalliqa'.


LENSA KAMERA





Sunday, July 19, 2015

Tazkirah Ramadhan




Khusyuknya murid SKPM mendengar tazkirah.

Tazkirah awal Ramadhan oleh Ustazah Norhalida.

Ustazah Roshida menyampaikan tazkirah tentang
perkara yang membatalkan puasa.

Adik Wardah Qistina menyampaikan
tazkirah tentang amalan sunat yang disukai
Allah di Bulan Ramadhan.


Friday, July 3, 2015

Bacaan Yasin & Sambutan Nuzul Al-Quran

Hari ini merupakan hari Jumaat bersamaan 16 Ramadhan telah diadakan bacaan Yasin mingguan. Semua murid, guru dan warga SKPM berkumpul di Dataran Perhimpunan seperti biasa. Sementara menunggu kehadiran warga SKPM alunan zikir dimainkan untuk ketenangan dan kedamaian jiwa di pagi Jumaat yang penuh barakah.Pada jam 7.30 pagi dimulakan bacaan Yasin. Bacaan yasin pada kali ini dipimpin oleh Ustaz Mohd Helmi bin Jumri. 

Selesai bacaan Yasin, majlis diteruskan dengan Sambutan Nuzul Al-Quran. Nuzul Al-Quran disambut pada 17 Ramadhan setiap tahun. Memandangkan ia jatuh pada hari Sabtu, maka Panitia Pendidikan Islam mengambil iniasif mengadakan sambutan Nuzul Al-Quran pada 16 Ramadhan. Ceramah Nuzul Al-Quran disampaikan oleh Ustaz Mohd Helmi Bin Jumri.


Murid mendengan taklimat sebelum memulakan
bacaan Yasin.

Warga SKPM khusyuk membaca Surah Yasin.

Para pendidik dan staf tidak ketinggalan menyertai
bacaan Yasin.

Khusyuknya membaca Surah Yasin.


Ceramah Nuzul Al-Quran oleh Ustaz Mohd Helmi.


Disediakan oleh,
Pn Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan