Saturday, January 24, 2015

KEM BESTARI SOLAT FASA 1/2015







24/1/2015- Program Kem Bestari Solat Fasa 1 telah diadakan. Sasaran program pada hari ini ialah kepada murid tahap 1. Program KBS ini akan diadakan lagi secara berperingkat-peringkat dengan mewajibkan semua murid tahun 1 hingga tahun 6 yang beragama islam.

Program yang bermula pada jam 8.00 pagi ini dimulakan dengan aktiviti senaman pagi yang diketuai oleh ustazah Norhalida. Selepas itu murid diberi taklimat untuk pengagihan kelas dan guru yang akan membimbing kelas yang ditentukan.

Pada program KBS Fasa 1 ini, murid dibimbing untuk mengenali perlakuan anggota wudhuk, niat wudhuk, perlakuan solat dan bacaan-bacaan dalam solat. Murid juga dibimbing untuk menghafaz surah-surah pendek yang dipelajari. Selesai LDK di dalam kelas, murid-murid akan dibimbing pula melakukan amali wudhuk dan solat berjemaah di musolla.

Program KBS ini berakhir pada jam 12.00 tengahari. Semoga murid-murid dapat manfaat dengan melaksanakan ibadah solat secara berdisplin  dalam kehidupan seharian mereka.

" Solat Membentuk Keperibadian Insan Sejati "


GAMBAR SEKITAR KEM  BESTARI SOLAT FASA 1/2015


Murid sedang menadah tangan berdoa sebelum memulakan aktiviti Kem Bestari Solat.


Aktiviti riadah pagi sebelum masuk LDK.

Aktiviti Riadah Pagi yang dikendalikan oleh Ustazah Norhalida.
 




Ustazah Roshida sedang memberi taklimat perjalanan program KBS .


AKTIVITI-AKTIVITI DI DALAM KELAS











SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH 1436H/2015

Pulau Meranti, 23 Januari 2015- telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Program anjuran Panitia Pendidikan Islam ini diadakan setiap tahun bagi memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW dan menanamkan sifat kasih  sayang serta cinta murid-murid terhadap Nabi Muhammad SAW.

Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan berkumpul di dataran perhimpunan. Seterusnya murid-murid berarak mengikut kelas masing-masing dari dataran perhimpunan sekolah ke jalan besar hadapan sekolah. Sambil berarak, murid-murid dikehendaki berselawat terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW. Selepas berarak, murid-murid masuk ke dewan untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh ustaz Muhammad Helmi bin Jumri. 

Program berakhir pada pukul 10.00 pagi dengan acara kemuncak pengumuman pemenang perarakan terbaik dan berdisiplin. Bagi kategori Tahap 2 Tempat pertama dimenangi oleh kelas 5 Gemilang. Tahniah dan syabas kepada kelas yang menang.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua khususnya kepada murid-murid. Semoga berjumpa ditahun hadapan.

Salam Maulidur Rasul 1436 H

GAMBAR SEKITAR AKTIVITI SAMBUTAN MAULIDURRASUL

Murid-murid berbaris dengan sepanduk kelas masing-masing


Sepanduk dari kelas Tahun 1 Gemilang.


Murid Pra Sekolah juga tidak ketinggalan menyertai perarakan MaulidurRasul.


Ustazah Roshida sedang memberi taklimat mengenai perjalanan program pada hari itu.


Perarakan MaulidurRasul dimulai dengan kontijen dari kelas Tahun 6 Gemilang

Kontijen dari kelas 6 Cemerlang


Perarakan dari kelas 6 Cemerlang 

Perarakan kelas tahun 4

Ucapan alu-aluan daripada En. Azmin, GPK Pentadbiran.

Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Helmi bin Jumri.


Kumpulan Nasyid al-Ehsan dari tahun 6 dengan persembahan nasyid mereka yang bertajuk Rasulullah.







Saturday, January 17, 2015

Bacaan Yaasin Mingguan Kali Pertama bagi Sesi Persekolahan 2015

Bismillaahirrahmaanirrahiim....

Ahlan Wa Sahlan Ya Saiyyidal Ayyam...Selamat Datang Wahai Penghulu Sekalian Hari...
Tanggal 16 Januari 2015 merupakan hari Jumaat yang pertama bagi minggu persekolahan bagi sesi 2015. Tepat jam 7.20 pagi semua warga SKPM berkumpul di Dataran Perhimpunan untuk mengadakan bacaan Yasin mingguan. Acara dimulai dengan alunan zikir tanda puji-pujian kepada Allah. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dipimpin oleh Ustaz Mohd Helmi b Jumri manakala bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Yusnizan b Ahmad Marzuki.

Barisan para pendidik sedang mengalunkan ayat suci Al-Quran

Bacaan dipimpin oleh Ustaz Mohd Helmi b Jumri

Semua murid turut sama-sama membaca Surah Yaasin.


Barisan para pendidik khusyuk membaca Surah Yaasin.


Semua warga SKPM tekun membaca kalam Allah.

Akhir kalam, semoga program yang dilaksanakan ini mendapat ganjaran pahala dan keredhaan daripada Allah...Amiin.



Dilaporkan oleh : Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan

Pemantauan Jemaah Nazir Unit Pendidikan Islam di SK Pulau Meranti

Bismillaahirrahmaanirrahim.....

Tanggal  13 & 14 Januari 2015 yang lalu, seramai 2 orang pegawai daripada Jemaah Nazir Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat pemantauan di SK Pulau Meranti. Kedua-dua pegawai tersebut ialah Ustaz Abd Rashid b Ibrahim  dan Ustaz Mohd Zukheri. Mereka merupakan pegawai Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ( JNJK ) di bawah Unit Pendidikan Islam. 

Jemaah Nazir sedang menyemak fail-fail panitia berdasarkan instrumen pemantauan.

Semua guru Pendidikan Islam & Bahasa Arab khusyuk mendengar rumusan
 daripada Ustaz Abd Rashid.

Turut hadir Guru Besar Pn Siti Habsah bt Ahmad dan PK Kurikulum
En Mohd Azmin b Atan.

Gambar kenangan bersama pegawai-pegawai daripada
 Jemaah Nazir Sekolah  KPM.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas lawatan kedua-dua pegawai ke SK Pulau Meranti. Segala pujian akan kami teruskan manakala segala teguran dan nasihat untuk penambahbaikan panitia khasnya dan sekolah amnya  akan kami baiki untuk masa akan datang. In sya Allah.



Dilaporkan oleh :
Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan