Sunday, April 24, 2016

KEM BESTARI SOLAT FASA PERTAMA 2016

Kem Bestari Solat adalah satu program tahunan di bawah Panitia Agama Islam program jQAF yang bertujuan  memberi pendedahan kepada murid tentang cara wuduk dan solat yang tepat dan betul. Alhamdulillah program ini telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.

Bermula jam 7.30 pagi semua murid Tahap 1 yang beragama Islam berkumpul di Dataran Perhimpunan SKPM . Program dimulai  dengan bacaan doa oleh Ustaz Adnan  b Mustafa. Seterusnya  murid-murid melakukan senamrobik dipimpin oleh Ustazah Nasibah. Kemudian, murid-murid diberi taklimat oleh Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan tentang perjalanan program KBS 1.

Pada jam 8.00 pagi semua murid dibawa masuk ke dewan untuk mendengar ceramah tentang kepentingan solat dalam kehidupan seorang Muslim. Pada jam 8.10 pagi program diteruskan dengan ucapan PK Petang, Pn Safinar Azura bt Salleh@Salim.

Pada jam 8.20 pagi murid disajikan dengan ceramah oleh penceramah jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Afandi bin Yahaya dari SK Kg Baharu Lanjut. Semua murid memberi tumpuan dan mendengar ceramah dengan khusuknya. Banyak perkara yang dikongsikan oleh Ustaz Afandi kepada para murid. Semoga ilmu yang telah disampaikan dapat memberi manfaat dalam kehidupan mereka. In sya Allah.

Pada jam 10.20 pagi  semua murid berhenti rehat sehingga jam 10.40 pagi. Kemudian semua murid masuk ke kelas untuk menyambung kembali kem pada hari tersebut. Murid Tahun 1  diberi pendedahan berkaitan wuduk. Murid-murid dibawa untuk praktikal wuduk pada jam 11.15 pagi. Manakala murid Tahun 2  diberi pendedahan tentang bacaan solat seperti bacaan rukuk, bacaan sujud dan bacaan duduk antara dua sujud. 

Murid Tahun 3 diberi penekanan tentang bacaan tahiyyat awal, tahiyyat akhir, doa iftitah dan doa qunut. Murid-murid dinilai secara individu dan berkumpulan mengikut sukatan yang telah ditetapkan. 

Program ini berakhir pada jam 12.00 tengahari. Diharap program ini dapat memberi  maklumat dan informasi kepada murid tentang cara berwuduk dan solat yang betul. Semoga program yang dilaksanakan ini mendapat pahala dan keberkatan daripada Allah Taala…aamin.

LENSA KAMERA









Disediakan oleh : 
Mahfuzah bt Ahmad Zakuan
Setiausaha KBS Fasa 1 2016