Monday, December 25, 2017

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SAMBUTAN AIDIL FITRI 2017

Majlis ini telah diadakan pada 14 Julai 2017 ( Jumaat ). Majlis ini bermula pada jam 8.00 pagi.


    
Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Yusnizan.

Majlis Khatam Al-Quran dimulakan...
  

    
Penyampaian cenderahati oleh Guru Besar SKPM Pn.Siti Habsah Bt. Ahmad kepada peserta khatam 
Al-Quran. 
Alhamdulillah...Majlis Khatam Al-Quran berjalan dengan lancar..

LENSA KAMERA SAMBUTAN AIDIL FITRI 2017 
IMG-20170714-WA0059.jpg (1080×607)IMG-20170714-WA0054.jpg (1080×607)
  

IMG-20170714-WA0078.jpg (1040×584)IMG-20170714-WA0072.jpg (1080×607)
  
IMG-20170714-WA0082.jpg (1080×607)IMG-20170714-WA0073.jpg (1080×607)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga SKPM di atas kerjasama yang diberikan.   




Friday, December 22, 2017

Majlis Restu Ilmu Tahun 6 2017

MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2017




7 SEPTEMBER 2017 (KHAMIS)
TEMPAT DEWAN SK. PULAU MERANTI


Seawal 7.30 pagi lagi, semua murid calon UPSR 2017 telah berkumpul 
di dalam dewan.

Kehadiran Datuk Hasnan sebagai Wakil PIBG juga telah berada di dalam 
dewan bersama pentadbir dan semua guru SKPM.







Pembuka bicara oleh Pengacara Majlis, En. Yusnizan b. Ahmad Marzuki

Ikrar murid




Acara simbolik suapan pulut pada murid oleh Pentadbir SKPM


















Mohon Restu kepada Pendidik

SEMOGA TANGISAN PADA HARI INI AKAN BERULANG PADA HARI 
PENGUMUMAN KEPUTUSAN SEBAGAI TANGISAN KEGEMBIRAAN...

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN UPSR ANAK- ANAK SKPM
SELAMAT MAJU JAYA....

Program Ihya' Ramadhan 2017

PELANCARAN BULAN PANITIA P.ISLAM 

DAN B.ARAB SERTA PROGRAM 

IHYA RAMADHAN 2017

Jumaat, 26 Mei 2017 telah diadakan Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam
dan  Bahasa Arab serta Program Ihya Ramadhan 2017. Program ini diadakan
bersekali dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi tahun 2017.
Acara dimulakan dengan bacaan Yasin oleh semua guru dan murid beragama Islam.




Selesai bacaan Yasin,majlis diteruskan dengan Pelancaran Bulan Panitia 
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Program Ihya Ramadhan 2017 
oleh Puan Guru Besar.


Bagi memeriahkan lagi majlis, kumpulan nasyid sekolah telah menghiburkan
para guru dan murid dengan beberapa buah lagu. Aktiviti mewarna turut 
diadakan bagi murid pra sekolah dan tahap satu. Manakala murid tahap
dua disajikan dengan pengisian rohani melalui ceramah berkaitan bulan 
Ramadhan yang disampaikan oleh penceramah jemputan.






Majlis berakhir sekitar jam 10.30 pagi dengan Puan Guru Besar 
menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan.