Friday, December 22, 2017

Program Ihya' Ramadhan 2017

PELANCARAN BULAN PANITIA P.ISLAM 

DAN B.ARAB SERTA PROGRAM 

IHYA RAMADHAN 2017

Jumaat, 26 Mei 2017 telah diadakan Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam
dan  Bahasa Arab serta Program Ihya Ramadhan 2017. Program ini diadakan
bersekali dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi tahun 2017.
Acara dimulakan dengan bacaan Yasin oleh semua guru dan murid beragama Islam.




Selesai bacaan Yasin,majlis diteruskan dengan Pelancaran Bulan Panitia 
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Program Ihya Ramadhan 2017 
oleh Puan Guru Besar.


Bagi memeriahkan lagi majlis, kumpulan nasyid sekolah telah menghiburkan
para guru dan murid dengan beberapa buah lagu. Aktiviti mewarna turut 
diadakan bagi murid pra sekolah dan tahap satu. Manakala murid tahap
dua disajikan dengan pengisian rohani melalui ceramah berkaitan bulan 
Ramadhan yang disampaikan oleh penceramah jemputan.






Majlis berakhir sekitar jam 10.30 pagi dengan Puan Guru Besar 
menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan.

No comments:

Post a Comment