Monday, July 20, 2015

Majlis Khatam Al-Quran & Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan taufiq dan hidayahNya kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat Iman dan Islam. Pada hari ini Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran beserta Majlis Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab bagi sesi 2015.

Apabila berakhirnya perhimpunan rasmi sekolah, semua murid telah dibawa masuk ke Dewan SKPM. Semua pentadbir, guru dan staf turut dijemput masuk ke dewan bagi  meraikan majlis pada hari ini. Majlis kali ini dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Reeza Feelaqiz bin Shauri yang sangat petah berbicara. Acara dimulai dengan bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Yusnizan Bin Ahmad Marzuki. Semua warga SKPM khusyuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh beliau.

Seterusnya majlis diteruskan dengan 'Battle Hafazan Tahun 6' yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Helmi b Jumri. Seramai 7 orang peserta menyertai acara ini. Semua peserta telah menunjukkan persembahan yang terbaik. Majlis diteruskan lagi dengan Majlis Khatam Al-Quran dipimpin oleh Ustaz Mohd Helmi Bin Jumri. Seramai 20 orang murid tahap 2 yang terpilih telah terlibat menyertai acara ini. Selesai sahaja khatam Al-Quran, majlis kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian penutupan oleh bonda tercinta Pn Siti Habsah Binti Ahmad, Guru Besar SK Pulau Meranti. 

Seterusnya majlis diserikan lagi dengan 2 persembahan irama padang pasir iaitu nyanyian lagu arab 'Kun Anta' yang dipersembahkan oleh murid dari Kelas 3 Gemilang dan Kalam Jamaei'  dari Kelas 4 Gemilang. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta khatam Al-Quran dan pemenang bagi acara yang telah dipertandingkan sepanjang Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan. Jumpa lagi....Wa ilalliqa'.


LENSA KAMERA





Sunday, July 19, 2015

Tazkirah Ramadhan




Khusyuknya murid SKPM mendengar tazkirah.

Tazkirah awal Ramadhan oleh Ustazah Norhalida.

Ustazah Roshida menyampaikan tazkirah tentang
perkara yang membatalkan puasa.

Adik Wardah Qistina menyampaikan
tazkirah tentang amalan sunat yang disukai
Allah di Bulan Ramadhan.


Friday, July 3, 2015

Bacaan Yasin & Sambutan Nuzul Al-Quran

Hari ini merupakan hari Jumaat bersamaan 16 Ramadhan telah diadakan bacaan Yasin mingguan. Semua murid, guru dan warga SKPM berkumpul di Dataran Perhimpunan seperti biasa. Sementara menunggu kehadiran warga SKPM alunan zikir dimainkan untuk ketenangan dan kedamaian jiwa di pagi Jumaat yang penuh barakah.Pada jam 7.30 pagi dimulakan bacaan Yasin. Bacaan yasin pada kali ini dipimpin oleh Ustaz Mohd Helmi bin Jumri. 

Selesai bacaan Yasin, majlis diteruskan dengan Sambutan Nuzul Al-Quran. Nuzul Al-Quran disambut pada 17 Ramadhan setiap tahun. Memandangkan ia jatuh pada hari Sabtu, maka Panitia Pendidikan Islam mengambil iniasif mengadakan sambutan Nuzul Al-Quran pada 16 Ramadhan. Ceramah Nuzul Al-Quran disampaikan oleh Ustaz Mohd Helmi Bin Jumri.


Murid mendengan taklimat sebelum memulakan
bacaan Yasin.

Warga SKPM khusyuk membaca Surah Yasin.

Para pendidik dan staf tidak ketinggalan menyertai
bacaan Yasin.

Khusyuknya membaca Surah Yasin.


Ceramah Nuzul Al-Quran oleh Ustaz Mohd Helmi.


Disediakan oleh,
Pn Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan




Kuiz Ramadhan


Setiap hari Khamis sepanjang Bulan Ramadhan telah diadakan Kuiz Ramadhan untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Murid akan mendengar tazkirah yang disampaikan setiap hari, dan soalan terkumpul akan diberikan setiap hari Khamis berdasarkan tazkiran yang telah disampaikan. Kuiz Ramadhan telah dikendalikan oleh Pn Che Mariah bt Ngah.

Ustazah Che Mariah bertanyakan soalan kepada
murid Tahap 2.

Murid ditanya soalan berkaitan perkara sunat di Bulan Ramadhan.

Hadiah untuk pemenang.

Antara pemenang Tahun  2

Pemenang  kuiz Tahun 3



Dilaporkan oleh : Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan

Thursday, July 2, 2015

Pentaksiran PAFA 2015


Khamis ( 2 Julai 2015 ) - Baru-baru ini SK Pulau Meranti telah dilawati oleh Ustaz Jamsari bagi membuat pemantauan pentaksiran PAFA. Ustaz Jamsari telah dijemput ke Bilik Mesyuarat oleh Penyelaras PAFA, Ustazah Roshida bt Nayan bagi menyemak fail PAFA. Seramai 10 rang murid Tahun 6 juga telah dipilih dan dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk proses penilaian PAFA. 

Selesai mentaksir PAFA, Ustaz Jamsari telah hadir melawat  Musolla SKPM. Di sini, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ustaz di atas idea yang telah dilontarkan bagi menaikkan lagi Musolla SKPM. Jazaakallah khairan kathira.



Bersemangat betul ustaz melontarkan idea. Terbaik !!!

Khusyuknya para ustazah mendengar penerangan ustaz.

Ustaz Jamsari sedang berbincang bersama para ustazah.


Disediakan oleh : Pn Mahfuzah Ahmad Zakuan