Tuesday, December 30, 2014

Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab Bil 1/2015

Bismillahirrahmaanirrahiim....

Segala puji bagi Allah Taala, pada hari ini tanggal 31 Disember 2014, Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah berjaya mengadakan mesyuarat kali pertama untuk sesi 2015. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam sesi 2015 iaitu Ustazah Ainul Fathiah bt Muhd Fauzi. Manakala urusetia bagi mesyuarat kali ini ialah Ustazah Nor Hanim bt Ismail. Mesyuarat dimulai dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Helmi b Jumri. Semua guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab hadir pada mesyuarat kali ini, melainkan Ustazah Nor Diana bt Amiruddin yang terlibat dengan musibah banjir di Kelantan. Kami mendoakan agar Ustazah Nor Diana tabah dan sabar dengan ujian ini. Mesyuarat juga turut dihadiri oleh Pn Salinda bt Kadri selaku guru Pendidikan Moral.

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan 2 orang guru yang baharu iaitu Ustazah Nor Hanim dan Ustazah Norhalida. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Panitia yang hadir pada hari ini. Pengerusi membentangkan takwim dan perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2015. Selain itu, semua AJK diberi tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam meningkatkan dan menaikkan nama panitia pada masa akan datang. Pelbagai program dan aktiviti yang telah dibentangkan kepada semua AJK dan antara program yang akan dilaksanakan pada masa terdekat ialah Sambutan Maulidur Rasul dan Kem Bestari Solat Pertama iaitu pada 24 Januari 2015 .Beliau berharap agar semua AJK dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Mesyuarat ditangguhkan jam 12 tengahari,


Guru-guru khusyuk mendengar pembentangan oleh Ketua Panitia.

Semua guru sama-sama membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan bagi sesi 2015.

Ketua Panitia membentangkan senarai tugas kepada semua AJK  yang hadir.




Dilaporkan oleh : Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan