Tuesday, February 23, 2016

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2016

Bersempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW,
Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah mengadakan aktiviti serta program bagi mengenang dan memuliakan junjungan besar Nabi
Muhammad SAW. Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah ini menggambarkan
kecintaan terhadap Rasulullah SAW. Begitu juga perasaan taat, mengingati, ingin
mencontohi baginda dan berbangga menjadi umat baginda, sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda dalam Al-Quran: “ Sesungguhnya engkau ( Wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang mulia”. ( Al-Qalam:4 )
Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini merupakan aktiviti tahunan diperingkat sekolah. Pada tahun ini, beberapa aktiviti sederhana telah dirancang melibatkan semua murid. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW disamping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi pendedahan kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah SAW. Di samping itu menimbulkan rasa kecintaan dan kasih terhadap Allah S.W.T dan Rasulullah SAW.

Aktiviti pertandingan selawat bagi murid tahap dua serta pertandingan mewarna bagi murid tahap satu telah diadakan. 
                                       Para guru dan murid mengikuti program maulidurrasul





                                        Pn. Nora (GPK Kokurikulum) menyampaikan hadiah
                                                  kepada pemenang dan wakil pemenang.





 Diharapkan sambutan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan meningkatkan kecintaan kita semua kepada junjungan Rasulullah SAW.