Wednesday, June 24, 2015

Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Isnin ( 22 Jun 2015 ) - Ramadhan Kariim...merupakan ucapan yang diucapkan oleh orang Arab apabila tibanya bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang mulia lagi diberkati oleh Allah SWT.  Jadi, masih belum terlambat untuk kami, semua guru Pendidikan Islam & Bahasa Arab mengucapkan 'Ramadhan Kariim' dan 'Selamat  Berpuasa' kepada seluruh warga SKPM. Mudah-mudahan ibadah puasa kita kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. In sya Allah. 

Setelah berakhirnya Bulan Panitia Sains, maka bermulalah pelancaran bagi Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi sesi 2015. Majlis dimulai dengan tazkirah ringkas oleh Ustazah Norhanim selaku pengerusi majlis pada hari ini. Kemudian diteruskan dengan ucapan Ketua Panitia Pendidikan Islam,Ustazah Ainul Fathiah. Beliau telah menerangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Antaranya:

1) Tadarrus Al-Quran ( Guru / Staf / Murid Tahap 2)
2) Pertandingan Hafazan (Juzuk 30)
3) Teka Silangkata Ramadhan
4) Tazkirah Ramadhan
5) Kuiz Ramadhan
6) Amali Solat Sunat Dhuha (Tahap 2)
7) Majlis Khatam Al-Quran
8) Mewarna Kad Ucapan Hari Raya

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SKPM, Pn Siti Habsah Bt Ahmad. Beliau meminta agar semua murid tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian di dalam semua aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Majlis pelancaran bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab berakhir pada jam 8.15 pagi. Sekian.



LENSA KAMERA


Gimik pelancaran Bulan Panitia P.Islam & B.Arab

Perasmian oleh Guru Besar

Kumpulan kompang



Ucapan perasmian oleh Pn Siti Habsah Bt Ahmad,
Guru Besar SKPM


Pemberian cenderahati kepada semua pentadbir sempena
Bulan Ramadhan.


Disediakan oleh : 
Pn Mahfuzah  Bt Ahmad Zakuan




No comments:

Post a Comment