Friday, April 24, 2015

Bacaan Yasin Mingguan ( Minggu 14 )

24 April 2015 bersamaan hari Jumaat. Minggu ini merupakan minggu ke 14 persekolahan bagi  sesi 2015. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya, kita semua masih dipanjangkan usia dan masih  diberi nikmat kesihatan sehingga kini. 

Pada hari ini, program bacaan yasin mingguan dapat dilaksanakan seperti biasa dengan jayanya. Semua warga SKPM berkumpul seawal jam 7.20 pagi di tapak perhimpunan. Majlis dimulai dengan alunan zikir puji-pujian kepada Ilahi. Majlis bacaan Yasin dipimpin oleh Ustaz Mohd Nor yang merupakan salah seorang guru praktikum dari Institut Perguruan Islam Bangi (IPIS). Semua guru dan murid sama-sama mengalunkan bacaan surah yaasin dengan penuh semangat. Semua murid telah memberi kerjasama yang sepenuhnya sepanjang majlis ini berlangsung. Begitu juga dengan semua guru. 

Majlis diakhiri dengan doa oleh Al Fadhil Ustaz Sirajul Bilad yang juga guru praktikum dari IPIS. Semoga amalan yang mulia ini mendapat ganjaran pahala  yang setimpal daripada Allah Taala...aamin ya rabb.



Guru dan murid khusyuk membaca Surah Yaasin.

Murid khusyuk mendengar taklimat oleh Ustaz Mohd Nor.

Dilaporkan oleh : 
Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan

Wednesday, April 22, 2015

Gotong-royong Mengecat Musolla Al-Ikhsan

Rabu (22 April 2015) - Ahlan wasahlan buat guru pelatih dari Institut Perguruan Islam. Seramai 4 orang guru IPIS telah ditempatkan untuk menjalani latihan praktikum di SK Pulau Meranti. Mereka ialah Ustaz Mohd Haziq (Guru Bahasa Arab), Ustaz Mohd Nor (Guru Pendidikan Islam), Ustaz Mohd Fathullah (Guru Bahasa Arab) dan Ustaz Sirajul Bilad ( Guru Pendidikan Islam ). Pada hari ini keempat-empat ustaz tersebut telah bekerjasama mengecat dinding musolla bagi menceriakan lagi musolla sekolah. Jazaakumullah khairan kathira..


Tekunnya menanggal cat lama...

Khusyuk mengecat dinding musolla

Tekun mengecat dinding musolla

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing


Dilaporkan oleh :
Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan

Monday, April 20, 2015

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS MUSOLLA AL IKHSAN

Baru-baru ini telah diadakan majlis watikah pelantikan pengawas Musolla al-Ikhsan bagi sesi tahun 2015. Seramai 23 orang murid yang berkelayakan telah dilantik.  Mereka adalah dari kalangan  murid tahun 5 dan 6. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh Guru Besar iaitu Puan Siti Habsah.

Pengawas Musolla ini dilantik bertujuan untuk membantu mengimarahkan Musolla al-Ikhsan dari pelbagai aspek, terutama aspek kebersihan, peraturan musolla dan disiplin murid yang menggunakan Musolla al-Ikhsan.

Semoga dengan pelantikan ini, akan menjadikan mereka murid yang berdisiplin dan beristiqamah dalam mengimarahkan musolla bukan sahaja sebagai tempat beribadah tetapi boleh dijadikan wadah menimba ilmu yang kondusif dan menceriakan.

Selamat menjalankan tugas dengan amanah dan jujur.



Ucapan alu-aluan oleh Pn. Roshida selaku penyelaras musolla al-Ikhsan 2015

Abdul Hakime bin Abd. Rani, pengawas musolla tahun 6 merangkap pengerusi musolla 2015.

Muqri Nabil, pengawas musolla tahun 6

Danish Syahmi, pengawas musolla tahun 5

Aina Arisha , pengawas musolla Tahun 5

Rabiatul Adawiyah, pengawas musolla tahun 5 

Nur Syamimi Binti Che' Baharudin pengawas musolla Tahun 6

Nur Syamii Adlina pengawas musolla Tahun 5

Pengawas Musolla bergambar bersama sijil watikah pelantikan masing-masing.




Laporan disediakan oleh : Pn. Nasibah binti Sairi.

Friday, April 17, 2015

KEM BESTARI SOLAT SKPM 2015

18 April 2015 (Sabtu)- program kem bestari solat sekolah kebangsaan pulau meranti telah di jalan untuk murid tahap satu yang mana terdiri daripada murid tahun satu, dua dan tiga dan sebilangan daripada murid tahun empat, lima dan enam. kem bestari solat ini telah diperkukuhkan oleh tenaga dakwah ustaz ustazah dan di bantu oleh empat orang ustaz yang melakukan praktikum di sekolah ini. kem bestari solat ini telah bermula pada tepat jam 7.30 pagi, yang mana peserta dikehendaki untuk berhimpun di dataran perhimpunan. 

        program dimulakan dengan meminta keberkatan pada Ilahi dengan serangkap doa yang telah di ketua oleh salah seorang daripada peserta kem ini.
kem ini beranjak maju dengan senamanrobik dan taklimat kem bestari solat yang di sampaikan oleh pn Nasibah binti Sairi yang mana beliau telah mengetuai senaman senamerobik dan memberikan taklimat kepada peserta. 

      seterusnya program beranjak maju dengan peserta diberikan tempat-tempat khusus untuk mengikuti kem ini. tempat-tempat tersebut ialah bilik-bilik darjah yang berdekatan.  kem dilanjutkan dengan setiap kumpulan akan ada guru yang mengajar tentang cara solat yang sempurna dan betul. antara intipati pengajaran yang di dedahkan dalam kem ini adalah hafaz surah-surah pendek, lafaz niat 5 solat, perlakuan setiap langkah solat bermula dengan niat di akhiri dengan salam, cara wuduk yang sempurna dan tayangan dan amali solat bagi setiap peserta.

      program ini telah berakhir pada jam 12 tengahari dengan harapan setiap guru terutama guru besar sekolah adalah dapat melahirkan murid yang mempunyai ketinggian pada ilmunya dan ketinggian pada imannya.
 para peserta diberikan taklimat dan senamrobik

 sesi senamrobik yang diterapkan zikir sebagai kiraan

 sesi pembahagian tempat dan guru

pergerakan ke bilik-bilik pembelajaran 

sesi pengajaran kem bestari solat 

keadaan ketika waktu rehat peserta 

pengajaran yang dikelolai oleh guru praktikum 

 murid berkumpul sebelum sesi kedua di jalankan

peserta di nilai secara individu 

 tunjuk cara bagi kelakuan solat yang betul

 tayangan multimedia di dalam surau

 tayangan multimedia berunsurkan kepada rukun 
solat dan lain-lain yang berkaitan

 guru praktikum menilai prestasi murid

amali solat yang dilakukan oleh perserta 

penilaian oleh guru dalam amali solat yang dilaksanakan


الحمدالله
sekian terima kasih...........


coretan dan nurkilan yang diadaptasikan oleh guru praktikum iaitu Matnor bin matkasim.

Bacaan Yasin Mingguan ( Minggu 13 )

17 April 2015 bersamaan hari Jumaat. Minggu ini merupakan minggu ke 13 persekolahan bagi  sesi 2015. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya, kita semua masih dipanjangkan usia dan masih  diberi nikmat kesihatan sehingga kini. 

Pada hari ini, program bacaan yasin mingguan dapat dilaksanakan seperti biasa dengan jayanya. Semua warga SKPM berkumpul seawal jam 7.20 pagi di tapak perhimpunan. Majlis dimulai dengan alunan zikir puji-pujian kepada Ilahi. Majlis bacaan Yasin dipimpin oleh Ustaz Mohd Fathullah yang merupakan salah seorang guru praktikum dari Institut Perguruan Islam Bangi (IPIS). Semua guru dan murid sama-sama mengalunkan bacaan surah yaasin dengan penuh semangat. Semua murid telah memberi kerjasama yang sepenuhnya sepanjang majlis ini berlangsung. Begitu juga dengan semua guru. 

Majlis diakhiri dengan doa oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Haziq yang juga guru praktikum dari IPIS. Semoga amalan yang mulia ini mendapat ganjaran pahala  yang setimpal daripada Allah Taala...aamin ya rabb.


Guru dan murid berkumpul di dataran perhimpunan.

Guru dan murid sedang mengalunkan alunan zikir sebelum
membaca surah Yaasin


Dilaporkan oleh : 
Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan

Bacaan Yaasin & Solat Hajat Perdana Kali Pertama


16 April 2015 ( Khamis )- Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana yang diadakan pada kali ini berjalan dengan jayanya. Majlis ini telah diadakan di Masjid Meranti, Kg Pulau Meranti. Seawal jam 6.30 petang para guru beserta AJK Masjid telah hadir ke masjid bagi membuat persiapan majlis. Pada jam 7.00 malam murid-murid bersama ibubapa masing-masing datang ke Masjid Pulau Meranti untuk sesi pendaftaran. Azan maghrib berkumandang menandakan telah masuk waktu solat fardhu maghrib. Semua jemaah masuk ke Dewan Solat untuk sama-sama menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Selesai solat Maghrib, majlis diteruskan dengan solat sunat hajat. Solat kali ini diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Idrus b Shahlan selaku Imam 1, Masjid Meranti. Setelah selesai menunaikan solat hajat, majlis diteruskan dengan bacaan surah Yasin. Setelah selesai membaca surah Yaasin, para jemaah menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Usai membaca doa, para jemaah dijemput menikmati hidangan  nasi tomato dan sirap ais. Kehadiran ibubapa dan murid pada kali ini sangat memberangsangkan. Majlis tamat pada jam 10.00 malam. Semua guru dan AJK Masjid yang terlibat dalam menjayakan Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana Kali Pertama bagi sesi 2015 diucapkan Jazaakumullah Khairan Kathira..Sekian.


                                                    Sesi pendaftaran ibubapa dan murid


Bacaan surah Yasin ( jemaah muslimat )

Bacaan surah Yaasin ( jemaah muslimin )

Para jemaah disajikan dengan hidangan nasi tomato dan sirap ais.

Para jemaah sedang menikmati hidangan.


Dilaporkan oleh : 
Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan

Friday, April 10, 2015

Bacaan Yasin Mingguan ( Minggu 12 )

10 April 2015 bersamaan hari Jumaat. Minggu ini merupakan minggu ke 12 persekolahan bagi  sesi 2015. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya, kita semua masih dipanjangkan usia dan masih  diberi nikmat kesihatan sehingga kini. 

Pada hari ini, program bacaan yasin mingguan dapat dilaksanakan seperti biasa dengan jayanya. Semua warga SKPM berkumpul seawal jam 7.20 pagi di tapak perhimpunan. Majlis dimulai dengan alunan zikir puji-pujian kepada Ilahi. Majlis bacaan Yasin dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Yusnizan b Ahmad Marzuki. Semua guru dan murid sama-sama mengalunkan bacaan surah yaasin dengan penuh semangat. Semua murid telah memberi kerjasama yang sepenuhnya sepanjang majlis ini berlangsung. Begitu juga dengan semua guru. 

Majlis diakhiri dengan doa oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Helmi Bin Jumri. Semoga amalan yang mulia ini mendapat ganjaran pahala  yang setimpal daripada Allah Taala...aamin ya rabb.


Sunday, April 5, 2015

بسم الله الرحمن الرحيم


"JOM AKHLAK" 
Oleh Dr Juanda Jaya.

Bagaimanakah cara untuk kita menghindari perbuatan maksiat..?

Pertama : Sentiasa mengingati Allah SWT. 
Ingatlah Allah di mana sahaja kita berada. Rasailah kehadiranNYa, Yang Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang kita lakukan.

Kedua : Lakukan aktiviti yang memberi manfaat. 
Sabda Nabi SAW : "Daripada kebaikan Islam, seseorang itu meninggalkan sesuatu perbuatan yang tidak bermanfaat baginya."
( Riwayat at-Tirmidzi)

Ketiga : Pilihlah sahabat yang berakhlaq mulia. 
Firman Allah : " Bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan petang. Janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mahukan perhiasan dunia. Janganlah kamu ikuti mereka yang kami lalaikan hatinya daripada mengingati kami dan mereka hanya mengikut hawa nafsu. Keadaan mereka itu sangat melampaui batas. ( Surah Al-Kahfi 18:18)

Keempat : Merancang masa dengan baik.
Sabda Nabi SAW : " Jika kamu berada pada waktu petang janganlah dinanti waktu pagi. Jika kamu berada pada waktu pagi pula, janganlah ditunggu waktu petang. Pergunakanlah masa sihatmu sebagai persiapan menghadapi masa sakitmu. Pergunakanlah masa hidupmu sebagai persiapan kematianmu." ( Hadith Bukhari ) 

Kelima : Sentiasa perbaharui iman setiap hari.
Antara cara memperbaharui iman dengan menghadiri majlis ilmu, mendengar nasihat dan motivasi kerana manusia sentiasa lalai dan lupa. 

Wallahua"lam..
   

Dilaporkan oleh :
Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan

Bacaan Yasin Mingguan ( Minggu ke-11 )

بسم الله الرحمن الرحيم


3 April 2015 bersamaan hari Jumaat. Minggu ini merupakan minggu ke 11 persekolahan bagi  sesi 2015. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya, kita semua masih dipanjangkan usia dan masih  diberi nikmat kesihatan sehingga kini.  Pada hari ini, program bacaan yasin mingguan dapat dilaksanakan seperti biasa dengan jayanya. Semua warga SKPM berkumpul seawal jam 7.20 pagi di tapak perhimpunan. Majlis dimulai dengan alunan zikir puji-pujian kepada Ilahi. Majlis bacaan Yasin dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Mohammad Helmi bin Jumri. Semua guru dan murid sama-sama mengalunkan bacaan surah yaasin dengan penuh semangat. Semua murid telah memberi kerjasama yang sepenuhnya sepanjang majlis ini berlangsung. Begitu juga dengan semua guru. Majlis diakhiri dengan doa oleh Al Fadhil UstazYusnizan b Ahmad Marzuki. Semoga amalan yang mulia ini mendapat ganjaran pahala  yang setimpal daripada Allah Taala...aamin ya rabb.








Dilaporkan oleh:
Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan