Saturday, June 25, 2016

CERAMAH SEMPENA NUZUL AL-QURAN


Jumaat, 24 Jun 2016- Panitia pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah mengadakan majlis sambutan nuzul al-quran diperingkat sekolah. Sambutan ini diadakan untuk memperingati sejarah penurunan al-quran yang berlaku pada tarikh 17 ramadhan setiap tahun. Seluruh umat Islam di dunia turut meraikan peristiwa bersejarah ini. 
           Pengisian majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis iaitu ustaz mohd helmi bin jumri sebagai pembuka majlis dan diteruskan dengan bacaan alunan ayat suci al-quran yang telah disampaikan oleh adik Mohamaad Danishahmi dari kelas 6 Gemilang. Seterusnya majlis disusuli  dengan ceramah tentang nuzul al-quran yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu ustaz Effendi dari SK. Labu Lanjut. 
            Antara pengisian ceramah beliau tentang sejarah penurunan al-quran dan peristiwa peperangan yang berlaku dibulan ramadhan iaitu perang badar al-Kubra. Selain itu, beliau turut menyelitkan selingan kisah-kisah teladan dan motivasi kepada murid.. Beliau juga turut melontarkan beberapa soalan kepada murid tentang intipati ceramah beliau dan murid yang telah berjaya menjawabnya diberikan  ganjaran berupa duit raya.
           Majlis diakhiri dengan ucapan aluan GPK Pentadbiran En. Mohd Azmin bin Atan selaku mewakili pihak Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih kepada penceramah jemputan dan berharap agar majlis ilmiah ini diteruskan saban tahun.Sekalung penghargaan diberikan kepada penceramah pada akhir majlis dengan penyerahan cenderahati oleh pihak sekolah. Secara keseluruhanya, objektif dan matlamat majlis ini telah tercapai dan mendapat sambutan dari semua yang terlibat. Jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana majlis ini.


       












Thursday, June 16, 2016

Tarikh : 13 Jun 2016
Masa : 7:30 pagi
Hari : Isnin
Tempat : Dataran SKPM

Bulan Ramdhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus Al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan A-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengkukuhan sahsiah pelajar dan warga sekolah.

Matlamat program ini , mendedahkan murid-murid dengan kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadhan di samping menggalakkan mereka menjalani ibadah puasa dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Objektif 
-Meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang disyariatkan berpuasa.
-Memperbanyakkan amalan-amalan sunat di bulan yang diberkati.
-Memberikan pengalaman yang berguna kepada para pelajar dengan suasana majlis di bulan Ramadhan.
-Merapatkan hubungan sesama murid, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah.

SASARAN
Semua murid dan warga sekolah.



AKTIVITI

Bulan Panitia Pendidikan Islam
Jun-Julai 2016

Tahap 1:

  • Kuiz Permata Islam 
  • Teka silangkata 
  • Hafazan Surah Juzu' Amma
  • Tazkirah / Ceramah
  • Mewarna Kad Hari Raya


Tahap 2:

  • Kuiz Permata Islam 
  • Teka silangkata 
  • Hafazan Surah Juzu' Amma
  • Tadarus Al-Quran 
  • Khatam Al-Quran



Bulan Panitia Bahasa Arab
Jun-Julai 2016

Tahap 1:

  • Kuiz Pintar Arab
  • Kalam Lughawi berkumpulan (Terbuka)
  • Kamus Mini Bahasa Arab (Terbuka Individu)


Tahap 2:

  • Kuiz Pintar Arab
  • Kalam Lughawi berkumpulan (Terbuka)
  • Buku Skrap Bahasa Arab (Terbuka Individu)