LAPORAN AKTIVITI

LAWATAN PEMANTAUAN PERTANDINGAN MUSOLLA PERINGKAT DAERAH SEPANG 2014

21 JULAI 2014- (ISNIN)


Kehadiran para pemantau iaitu ust jamsari dan ust rafaei amat dialu-alukan. Mereka telah dibawa ke musolla al-ikhsan untuk memantau keadaan musolla dan seterusnya menyemak fail-fail pengurusan dan aktiviti musolla...hasil dapatan pemantauan iaitu:
1. Perlu disegerakan pensijilan arah kiblat
2. Jika mempunyai peruntukan lebih, amat dialukan penyediaan sejadah karpet
3. Perlu membuat penambah tulisan khat agar suasana musolla persis surau yang indah dengan keindahan khat.

alhamdulilah....mereka sangat berpuas hati kerana kami telah menyediakan keperluan yang dikehendaki..semoga kami berjaya meraih kemenangan dan mengekalkan kejuaraan berulang seperti tahun lepas...aminnnn













Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Tahun 2014
8  Februari  2014 ( Sabtu )

Majlis Sambutan Maulidurrasul adalah satu program tahunan di bawah Panitia Agama Islam. Alhamdulillah program ini telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.
Bermula jam 7.30 pagi semua murid dan warga SKPM berkumpul di Dataran Perhimpunan untuk sesi taklimat  Sambutan Majlis Maulidurrasul Peringkat Sekolah Tahun 2014 oleh Pn Roshida bt Nayan, Ketua Panitia Pendidikan Islam. Majlis dipengerusikan oleh En Muazam b Mohd Yunus, diikuti selawat beramai2 di dataran perhimpunan dipimpin oleh Ustaz Mohamad Helmi bin Jumri. Majlis dimulai dengan mengibarkan sepanduk kelas masing2 beserta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Semua murid beselawat dengan penuh bersemangat.
Selepas itu, murid2 berkumpul di hadapan pintu masuk untuk sesi perarakan mengelilingi kawasan kampung yang berhampiran dengan SK Pulau Meranti sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.Semua warga SKPM terlibat dengan acara perarakan ini termasuk ibubapa yang juga turut serta dalam perarakan tersebut.Selepas perarakan, semua murid berkumpul di dalam dewan bagi mendengar ceramah sempena Maulidur Rasul. Ceramah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Yusnizan bin Ahmad Marzuki.
Majlis lagi diteruskan dengan acara Pertandingan Kuiz Maulidurrasul murid Tahap Satu dan Tahap Dua oleh Ustaz Mohamad Helmi dan dibantu oleh beberapa orang guru Pendidikan Islam yang lain.
Pada jam 10.05 pagi, semua warga SKPM dan ibu bapa disajikan dengan jamuan nasi putih dan ayam masak merah. Semoga Ssambutan Maulidur Rasul  yang diraikan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamin.

Murid-murid memegang sepanduk mewakili kelas masing-masing

Murid - murid beratur beramai-ramai  sebelum memulakan perarakan.










CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ


27 MEI 2014- Sambutan Israk dan Mikraj diserikan dengan ceramah istimewa israk dan mikraj yang disampaikan oleh Ust. Mohd Helmi Jumri..Antara intisari ceramah beliau tentang pengertian isra dan mikraj, peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas israk, fadhilat yang dapat diperolehi daripada kisah isra dan mikraj..


Semua anak murid telah memberi perhatian sepenuhnya kepada Ust Mohd Helmi kerana susulan ceramah tersebut, soalan kuiz telah diajukan..semangat anak didik SKPM begitu ketara ketika soala kuiz diajukan..

Slot ceramah ini selama 20 minit bermula 7.20 pagi dan berakhir pada jam 7.40 pagi...semoga dengan isi yang disampaikan kepada anak didik akan memberi impak yang positif ke dalam diri mereka seterusnya mengingatkan mereka tentang tarikh isra dan mikraj tiap-tiap tahun meraikannya..

ust helmi menyampaikan ceramah


mendengar dengan teliti

semangat menjawab kuiz

beri tumpuan sepenunhya




3 comments:

  1. Kami mencari roshida nayan yg telah terputus hubungan srjak berpindah ke skpm

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, ingat juga dengan k.shida Sal. Tk byk2. Sal dan Syakirah apa kabar?

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, ingat juga dengan k.shida Sal. Tk byk2. Sal dan Syakirah apa kabar?

    ReplyDelete