Wednesday, August 6, 2014

Penentuan Arah Qiblat Musolla Al-Ikhsan

Bismillahirrahmanirrahim

6 Ogos 2014 ( Rabu ) - Alhamdulillah, akhirnya terjawablah sudah arah Qiblat bagi Musolla Al-Ikhsan, SK Pulau Meranti. Seramai 4 orang wakil pegawai dari Jabatan Mufti Selangor telah datang ke sekolah kita bagi membuat penentuan arah Qiblat yang tepat. Sebelum ini arah Qiblat musolla sekolah diukur berdasarkan kompas. Untuk menentukan arah Qiblat yang lebih tepat, pihak panitia Pendidikan Islam telah membuat permohonan kepada pihak Jabatan Mufti Selangor pada Bulan Ramadhan yang lalu. Dalam tempoh 2 minggu sahaja, Jabatan Mufti Selangor telah memaklumkan akan hadir ke sekolah pada hari ni.Turut hadir pada hari yang bersejarah ini, Pegawai PPD jQAF Ustaz Mohd Faizal bin Husin dengan diiringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran SK Pulau Meranti, En Mohd Azmin b Atan. Jazaakumullah khairan kathira di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian..Wallahu a'lam.

Pegawai Jabatan Mufti Selangor membuat kerja pengukuran.

Turut hadir, Pegawai PPD j-QAF, Ustaz Mohd Faizal Bin Husin.

Kerja-kerja pengukuran arah Qiblat.

Kerja pengukuran arah Qiblat sedang dijalankan sambil diperhatikan oleh Pegawai PPD j-QAF.

Ustaz Helmi sedang menanggalkan tanda arah Qiblat yang lama.

Turut membantu bersama-sama, PK Pentadbiran En Mohd Azmin b Atan.

Dilaporkan oleh : Ummulyusr


No comments:

Post a Comment