Sunday, July 27, 2014




Ramadhan bakal beransur pergi,Syawal menjelma di aidilfitri,Seikhlas hati menyusun jari,memohon dimaaf kekhilafan diri, 
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin



Tuesday, July 22, 2014

RAMADHAN BAKAL PERGI...

Tingkatkan amalan di malam 10 akhir Ramadan

SEDAR tidak sedar, kini kita sudah berada di penghujung bulan Ramadan, ada baiknya jika kita renungkan kembali, apakah kita pasti bahawa ibadah puasa yang telah kita lakukan selama ini telah diterima oleh Allah?


"Ya Allah, bimbinglah kami mencari redhamu"

Apakah kita masih melakukan perkara-perkara yang mencacatkan pahala puasa? Apakah puasa kita layak diberi ganjaran pahala oleh Allah?  Atau kita hanya mendapat lapar dan dahaga tanpa sebarang pahala?.
Sesungguhnya hanya diri kita sendiri yang dapat menilai kualiti ibadah puasa yang telah kita lakukan. Ini kerana ibadah puasa adalah rahsia antara seorang hamba dengan tuhannya.
Sabda Rasulullah s.a.w. :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ اِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ". 
Maksudnya : " Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan  akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu " .

( H.R. Bukhari dan Muslim ) 
 
Puasa meningkatkan ketaqwaan

Salah satu hikmah diwajibkan berpuasa adalah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 183 :
Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa " .
Berdasarkan Firman Allah ini, jelaslah kepada kita bahawa kesan puasa bagi orang yang beriman ialah bertambah ketaqwaan kepada Allah. Justeru, setelah hampir sebulan kita berpuasa, apakah kita merasai taqwa kita bertambah atau berkurang?.

Apakah jiwa kita semakin bersemangat membanyakkan amal ibadah atau jiwa kita semakin lalai dan meringankan ibadah?
Apakah pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan ini, kita semakin banyak membaca al-Quran,  banyak bersedekah,  beriktikaf,  banyak berzikir dan beristiqfar ?

Apakah pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan ini, kita semakin banyak membaca al-Quran,  banyak bersedekah,  beriktikaf,  banyak berzikir dan beristiqfar ? Ataupun pada sepuluh hari terakhir Ramadan ini,  kita habiskan masa dengan membeli-belah, membuat persiapan hari raya yang berlebihan,  meninggalkan sembahyang terawih,  kurang membaca al-Quran dan berbual-bual kosong sehingga melupakan kelebihan di akhir Ramadhan?.
Nikmat malam sepuluh akhir Ramadan
Adalah sungguh bijak bagi kita merebut segala peluang yang Allah sediakan pada hari-hari terakhir Ramadan daripada kita mensia-siakan baki sepuluh akhir Ramadan.

Ini kerana kita tidak pasti lagi sama ada kita berpeluang atau tidak menyambut Ramadan pada tahun hadapan.Kerana sesungguhnya Allah telah menyediakan satu malam yang nilai keberkatan dan ganjaran pahala pada malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan. Firman Allah dalam surah al-Qadar :
Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu,  turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut ) . Sejahteralah malam ( yang barakah ) itu hingga terbit fajar " .  
(Surat al-Qadar ayat :1-5 )
Kita akan merasa kesal jika mensia-siakan peluang keemasan yang Allah sediakan kepada kita iaitu malam Lailatul Qadar. Kerana segala amal ibadah yang dilakukan pada malam tersebut, ganjaran  berlipat kali ganda. Janganlah kita seolah-olah merasakan amal ibadah kita telah banyak sehingga mengabaikan malam tersebut.

Malam Lailatul Qadar adalah malam untuk kita melipatgandakan amal ibadah dan mengumpul sebanyak-banyaknya pahala sebagai bekalan ketika bertemu Allah di akhirat kelak. Sedangkan Rasulullah s.a.w. 

Sendiri menanti-nanti malam tersebut dan melipatgandakan amalan Baginda, inikan lagi kita sebagai hamba yang banyak melakukan dosa dan sedikit amal. Dalam sebuah Hadis ada menyatakan bahawa Saidatina Aisyah r.a. berkata :

"كَانَ النَِّبيُّ (ص) إِذاَ دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْياً لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ". 
( Hadis riwayat bukhari )
Maksudnya : " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga " .
Lailatul Qadar anugerah untuk Umat Muhamad
Lailatul Qadar adalah malam yang dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. dan tiada siapa yang tahu bila berlakunya malam tersebut walau diri Baginda sendiri. Sungguhpun demikian, Baginda menasihatkan umatnya supaya sentiasa memperbanyak dan mempertingkatkan amal ibadah khususnya pada malam-malam ganjil pada akhir Ramadan. Sabda Baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari :

"تَحَرَّواْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ". 
Maksudnya :  " Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan " .  
( Hadis riwayat bukhari )
Justeru, langkah terbaik supaya kita tidak terlepas peluang keemasan malam tersebut hedaklah kita terus beristiqamah melakukan amal ibadah dan memperbanyakkan lagi pada sepuluh malam terakhir terutama pada malam-malam ganjil. Janganlah pula kita terlalu sibukkan diri dengan mementingkan persediaan menyambut hari raya sehingga melupakan dan meringan-ringan amal ibadah .

Tarbiah Ramadan jangan dilupakan
Kita semua menyedari bahawa pada waktu dan saat begini, kemeriahan menyambut awal Syawal atau hari raya semakin dirasai. Masing-masing sudah berkira-kira dan merancang perjalanan untuk pulang ke kampong atau membuat persiapan menyambut hari lebaran.
Kesabaran menahan lapar dan dahaga sepanjang siang Ramadan juga sewajarnya menjadikan diri kita lebih sabar menjalani liku-liku kehidupan.

Sememangnya agama Islam tidak melarang kita membuat persediaan bagi memeriahkan sambutan hari raya. Ini kerana hari raya adalah hari kemenangan kita ummat Islam melaksanakan rukun Islam ketiga dan berjaya menumpaskan hawa nafsu dan godaan syaitan.
Cuma kita diberi peringatan agar jangan mengabaikan nilai dan roh Ramadan sehingga seolah-olah ibadah puasa yang kita kerjakan langsung tiada memberi kesan yang baik kepada diri kita. Sewajarnya sembahyang terawih yang dikerjakan setiap malam Ramadan dapat membiasakan kita mengamalkan sembahyang-sembahyang sunat yang lain.

Kesabaran menahan lapar dan dahaga sepanjang siang Ramadan juga sewajarnya menjadikan diri kita lebih sabar menjalani liku-liku kehidupan. Latihan kesabaran tersebut dapat membuang sikap panas baran, gopoh-gapah dan mementingkan diri sendiri yang mungkin menjadi kebiasaan kita sebelum ini .

Begitu juga, berpuasa dapat mengembalikan kesihatan tubuh badan yang mungkin sebelum ini kita tidak berkesempatan mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Jom cari Lailatul Qadar  
Sesungguhnya masih belum terlewat untuk kita kembali memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan mengamalkan amalan-amalan berikut :  
  1. Berusaha membanyakkan amal ibadah pada bulan Ramadan ini seperti sembahyang terawih, membaca al-Quran, beriktikaf dan bersedekah.
  1. Berusaha mendapat kelebihan Lailatul Qadar dan keberkatan-Nya terutama pada malam sepuluh terakhir Ramadan.
  1. Sentiasa memohan keampunan dari Allah dan pembebasan dari azab api neraka.
  1. Menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah untuk diri dan tanggungannya kita.
Maksudnya : dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada-mu mengenai aku, maka ( beritahu kepada mereka ) sesungguhnya aku ( Allah ) sentiasa hampir ( kepada Mereka ), aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku ( dengan mematuhi perintahku ), dan hendaklah mereka beriman kepada aku supaya mereka menjadi baik serta betul " . ( Surah al-Baqarah ayat: 186 )  

Thursday, July 17, 2014

Bacaan Yassin Mingguan

18 Julai 2014-Jumaat..alhamdulilah..bacaan Yassin mingguan berjalan seperti biasa..bacaan yassin telah diketuai oleh En. Yusnizan Ahmad Marzuki..Bacaan Yassin ini juga dikhaskan untuk umat Islam di Palestin yang sedang menderita akibat serangan kaum Yahudi Israel..doa dipanjatkan agar ALLAH memberi perlindungan kepada mereka yang tidak berdosa..lebih-lebih lagi anak kecil yang masih belum kenal erti kehidupan...semoga yang telah terkorban ditempatkan dikalangan orang yang beriman...

murid sedang menghayati bacaan yassin

bacaan yassin

Meraih Lailatul Qadar di 10 Akhir Ramadhan




Assalamualaikum warahmatullah...

Malam ini merupakan malam yang ke 20 Ramadhan. Ini bermaksud kita telah memasuki fasa yang akhir di Bulan Ramadhan 1435H. Banyak hadith dan ayat al- Quran menyebut tentang kelebihan 10 akhir Ramadhan. Antaranya :

Firman Allah :

" Sesungguhnya Kami telah menurunkannya ( Al-Quran ) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu Apakah malam kemuliaan iti ? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan Izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. malam itu (penuh) Kesejahteraan sampai terbit fajar" ( Surah al-Qadr 1-5 )

Daripada Aisyah r.a:

“Rasulullah saw sering beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan dan bersabda: “Carilah malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan”. (Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Terdapat hadith yang menyebutkan tentang kelebihan beribadah di malam Laitul Qadar sebagai malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Rasulullah telah menyatakan bahawa sesiapa yang mendirikan ibadah pada malam Laitul Qadar dengan keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah akan diampunkan dosa-dosa yang terdahulu.


Daripada Abu Hurairah r.a dari nabi saw bersabda:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam Laitul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”. (Bukhari dan Muslim)


Antara amalan-amalan soleh yang dapat kita amalkan sepanjang berada di fasa terakhir ini ialah :
  1. Menghidupkan malam dengan solat sunat 
  2. Iktikaf di masjid 
  3. Memperbanyakkan ibadah seperti bersedeqah 
  4. Mengejutkan ahli keluarga melakukan ibadah 
  5. Memperbanyakkan doa 
  6. Menjauhi persengketaan atau permusuhan dan saling bermaaf-maafan 
  7. Memperbanyakkan membaca Al-Quran 

Marilah kita sama-sama merebut 10 malam akhir ini agar kita dapat keampunan daripada Allah Taala serta mendapat redhaNya....Aamin Ya Rabb..

Oleh : Ummulyusr

SOLAT DHUHA DAN TADARUS AL-QURAN

15 Julai 2014 - alhamdulilah telah selesai solat sunat dhuha yang ditunaikan oleh murid dari kelas 5 Cemerlang....solat dhuha ini telah diimamkan oleh ustaz mohd helmi. seperti biasa sebelum solat, ustaz helmi memberi sedikit tazkirah tentang kehebatan orang yang gemar menunaikan solat dhuha...alhamdulilah..sepanjang ramdhan, pengsian aspek rohani dapat diterapkan dalam jiwa murid-murid. sejurus selepas solat, diteruskan dengan aktviti bertadarus secara berkumpulan yang telah ditetapkan..semoga anak didik ini akan mnjadi insan yang soleh dan solehah..aminn..

Ustaz Helmi mengimamkan soat sunat dhuha

CERAMAH SEMPENA NUZUL AL-QURAN

11 Julai 2014- Jumaat..Seperti biasa setiap hari jumaat skpm mengadakan bacaan yassin mingguan...Sejurus selepas itu, ceramah tentang nuzul al-quran telah disampaikan oleh En. Yusnizan Ahmad Marzuki dengan tajuknya "istimewa Nuzul al-Quran"..
En. Yusnizan sedang menyampaikan ceramah
Murid memberi tumpuan semasa ceramah disampaikan

masing-masing kelihatan berfikir tentang istimewanya nuzul al-quran

Solat Sunat Hajat Tahun Enam

Assalamualaikum warahmatullah...

Setiap hari Khamis semua murid Tahun 6 akan menunaikan Solat Sunat Hajat di Surau al-Ikhsan. Menjadi rutin mingguan bagi murid-murid ini berkumpul di surau seawal jam 7.20 pagi. Solat akan dipimpin oleh Ustaz Yusnizan b Ahmad Marzuki atau Ustaz Mohamad Helmi b Jumri. Tujuan ia diadakan adalah sempena peperiksaan UPSR yang akan menjelang tidak lama lagi. Semoga Allah memudahkan urusan semua murid agar dapat menjawab dengan cemerlang di dalam peperiksaan nanti. Semoga amalan ini diterima oleh Allah Taala.

Murid sedang berzikir, sementara menunggu solat bersama-sama.

Murid - murid sedang menunaikan solat

Murid khusyuk mendengar tazkirah selepas menunaikan Solat Sunat Hajat



Dilaporkan oleh : Ummulyusr

Wednesday, July 9, 2014

TADARUS AL-QURAN TAHUN 6

10 Julai 2014(KHAMIS)-Dikeheningan pagi,bumi dibasahi hujan....namun, aktiviti di sekolah berjalan seperti biasa..tepat jam 7.20 pagi..murid tahun 6 berkumpul di musolla untuk memulakan aktiviti bertadarus al-quran.Alhamdulilah..kehadiran murid tahun 6 sangat memuaskan sungguhpun hujan turun diawal pagi...murid-murid ini dipantau oleh ustazah mahfuzah, ustazah ainul,ustazah nasibah dan ustaz helmi selaku guru pembimbing tadarus al-quran..

tadarus al-quran bermula

sama-sama menghayati bacaan rakan

Tuesday, July 8, 2014

Aktiviti pertandingan imlak tulisan jawi tahun 3

9 Julai 2014- Telah bermula pertandingan imlak tulisan jawi salah satu antara pertandingan aktiviti sepanjang bulan ramadhan. Pertandingan ini dijalankan di musolla al-ikhsan dengan bimbingan guru iaitu ustazah mahfuzah dan ustzah ainul fathiah....pencarian pemenang bagi kategori imlak ini akan diputuskan selepas kedua-dua kelas tahun 3 menyertainya...pemenang akan diumumkan semasa majlis khatam al-quran kelak.


Imlak oleh ustzah mahfuzah
sesi mengimlakkan perkataan yang diberi

Apabila Imam Cilik Pencentus Ummah Bertazkirah

tazkirah disampaikan oleh muhammad aniq 

murid bersungguh untuk menjawab kuiz

Solat dhuha dan tazkirah dhuha..

7 Julai 2014- alhamdulilah..solat dhuha telah dijalankan bagi murid tahun 4 cemerlang...Sebelum solat didirikan, ustazah mahfuzah telah memberi tazkirah tentang kelebihan solat sunat dhuha. Selain itu, murid ini telah didedahkan dengan lafaz niat dhuha dan bacaan surah dalam solat sunat ini. Solat sunat ini telah diimamkan oleh adik muhammad fauzan...semoga amalan solat sunat dhuha ini akan terus dilaksanakan bukan sahaja di sekolah malah dirumah mereka juga...INSYAALLAH....




khusyuk mendengar tazkirah

Halaqah ilmu...

Sepanjang bulan ramadhan...pembahagian waktu bagi halaqah ilmu yang diadakan dimusolla al-ikhsan telah dijalankan....sepanjang aktiviti perbincangan ini, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi satu isu khas tentang ramadhan...maka, bermulalah sesi perbincangan pendapat antara satu sama lain..aktiviti ini menggalakan murid cergas dan seronok memberikan idea masing-masing.
.
Murid menyalin nota tambahan

Monday, July 7, 2014

solat dhuha berjemaah

Amalan solat berjemaah telah sebati dalam jiwa anak didik skpm..sempena bulan ramdhan, setiap kelas telah dijadualkan unk melakukan solat sunat dhuha secara berjemaah. Selain itu, tazkirah dhuha juga turut disampaikan oleh imam bagi mengingatkan semua murid tentang amalan kefardhuan yang harus diutamakan berbanding amalan sunat yang sentiasa diharuskan..




BERTADARUS AL-QURAN

Setiap hari pada bulan ramadhan,warga didik skpm mengisi masa dengan bertadarus al-quran mengikut juzu'.
Tadarus berkumpulan 

tazkirah ramadhan...

8 Julai 2014..tazkirah pagi ramadhan telah disampaikan oleh Pn. Mahfuzah Ahmad Zakuan...Tajuk tazkirah pada pagi ini iaitu kelebihan ramadhan..

tazkirah oleh Pn. Mahfuzah

Saturday, July 5, 2014

JOM AMALKAN SUNNAH NABI



DOA KETIKA BERBUKA



MAKAN KURMA/TAMAR/RUTOB


AIR ZAMZAM / AIR KOSONG

Amalan di Bulan Ramadhan - Solat Tarawih


Oleh : Abu Anas Madani

Takrif Solat Terawih:
Menurut bahasa (lughah): Terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan
nafas dan seumpamanya.
Menurut istilah: Terawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan
Ramadhan.Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuk
waktu subuh, tidak termasuk sunat ratibah isya’ dan solat witir.
Dinamakan terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat
(dua salam).
Solat terawih termasuk solat tahajjud atau solatul-lail dengan membaca al-Fatihah pada
setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Waktu Melakukan Solat Terawih.
Sebagaimana hadis Rasulullah saw di atas: “Sesiapa berdiri (beribadat) pada malam
Ramadhan…”. Berdasarkan hadis ini, tempoh menunaikan solat terawih ialah sesudah
masuk waktu solat isyak sehingga sebelum masuk waktu solat subuh. Ini bererti sesiapa
yang tidak dapat melakukannya pada awal malam boleh melakukannya pada pertengahan
atau akhir malam.

Hukum Solat Terawih
Solat terawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut. Rasulullah
saw telah menganjurkannya dengan arahan yang tidak tegas, bererti hukumnya adalah sunat
dan tidak wajib.

Cara Perlaksanaan Solat Terawih.
Solat Terawih boleh dilaksanakan secara berjamaah atau bersendirian. Berjamaah adalah
lebih afdal.Namun jika menghadapi kesempitan untuk melaksanakannya secara berjamaah,
maka dibolehkan melaksanakannya secara bersendirian. Rasulullah saw sendiri pada
zaman baginda adakala melaksanakannya secara berjamaah dan adakala secara
bersendirian. 

Bilangan Rakaat Solat Terawih.
Solat terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat, diiikuti dengan
solat sunat witir.Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih
sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat.
Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat ini mengikut kemampuan dan
keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya. Yang pentingnya ialah selesaikan solat
bersama imam, tidak hanya setakat separuh jalan.

Untuk rujukan sila layari http://www.abuanasmadani.com/

Diedit oleh : Mahfuzah bt Ahmad Zakuan

Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab



Tanggal 2 Ramadhan 1435 bersamaan Isnin, 30 Jun 2014, Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah melancarkan Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sesi 2014. Pelancaran dimulai dengan ucapan oleh Pn Nasibah bt Sairi selaku penyelaras dan dirasmikan oleh Guru Besar SKPM, Pn Siti Habsah bt Ahmad.


Ucapan oleh Penyelaras Program, Pn Nasibah binti Sairi



Perasmian oleh Guru Besar, Pn Siti Habsah bt Ahmad



Banyak acara yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan kali ini. Antaranya  :

1) Ceramah Ihya' Ramdhan oleh Ustaz Yusnizan b Ahmad Marzuki
2) Tazkirah Ramadhan setiap Selasa, Rabu dan Khamis.
2) Tadarrus al-Quran di kalangan murid, guru dan staf.
3) Ceramah Nuzul al-Quran oleh Ustaz Yusnizan b Ahmad Marzuki
4) Pertandingan Poster Ramadhan
5) Pertandingan Buku Skrap
6) Pertandingan Imlak
7) Pertandingan Tulisan Cantik
8) Pertandingan Imam Cilik
9) Kuiz Ramadhan

Sebelum berakhirnya majlis, wakil Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah menyampaikan cenderamata Buah Kurma kepada semua pentadbir simbolik kepada telah bermulanya Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi tahun 2014.
Diharap semua program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya....aamin Ya Rabb.


Dilaporkan oleh : Ummulyusr











Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan



Dimulakan ucapan " Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Ahamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita sebagai hambanya. Ramadhan datang lagi menjenguk kita. Walaupun telah 7 hari Ramadhan melewati kita, adakah kita terfikir, berapa banyakkah amalan yang telah kita lakukan sepanjang 7 hari tersebut ?

Sepertimana yang kita ketahui banyak sekali janji-janji Allah kepada kita pada bulan yang penuh berkat ini. Antaranya : 
1 ) Pahala fardhu akan digandakan menjadi 70 kali ganda.
2 ) Pahala sunat akan digandakan seperti  melakukan amalan fardu
3 ) Pintu Syurga akan dibuka seluas-luasnya.
4 ) Pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya.
5 ) Syaitan akan dibelenggu.
6 ) Doa akan dimakbulkan Allah ( ketika berbuka dan waktu sahur )
7 ) Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari bau kasturi.
8 ) Orang yang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu:
     - kegembiraan  ketika berbuka 
     - kegembiraan ketika bertemu dengan Allah kelak

Akhir kalam, semoga amalan yang kita lakukan pada Bulan Ramadhan tahun ini mendapat rahmat dan diterima oleh Allah Taala...Aamin Ya Rabb.


Disediakan oleh : Mahfuzah Ahmad Zakuan