Saturday, July 5, 2014

Amalan di Bulan Ramadhan - Solat Tarawih


Oleh : Abu Anas Madani

Takrif Solat Terawih:
Menurut bahasa (lughah): Terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan
nafas dan seumpamanya.
Menurut istilah: Terawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan
Ramadhan.Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuk
waktu subuh, tidak termasuk sunat ratibah isya’ dan solat witir.
Dinamakan terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat
(dua salam).
Solat terawih termasuk solat tahajjud atau solatul-lail dengan membaca al-Fatihah pada
setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Waktu Melakukan Solat Terawih.
Sebagaimana hadis Rasulullah saw di atas: “Sesiapa berdiri (beribadat) pada malam
Ramadhan…”. Berdasarkan hadis ini, tempoh menunaikan solat terawih ialah sesudah
masuk waktu solat isyak sehingga sebelum masuk waktu solat subuh. Ini bererti sesiapa
yang tidak dapat melakukannya pada awal malam boleh melakukannya pada pertengahan
atau akhir malam.

Hukum Solat Terawih
Solat terawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut. Rasulullah
saw telah menganjurkannya dengan arahan yang tidak tegas, bererti hukumnya adalah sunat
dan tidak wajib.

Cara Perlaksanaan Solat Terawih.
Solat Terawih boleh dilaksanakan secara berjamaah atau bersendirian. Berjamaah adalah
lebih afdal.Namun jika menghadapi kesempitan untuk melaksanakannya secara berjamaah,
maka dibolehkan melaksanakannya secara bersendirian. Rasulullah saw sendiri pada
zaman baginda adakala melaksanakannya secara berjamaah dan adakala secara
bersendirian. 

Bilangan Rakaat Solat Terawih.
Solat terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat, diiikuti dengan
solat sunat witir.Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih
sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat.
Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat ini mengikut kemampuan dan
keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya. Yang pentingnya ialah selesaikan solat
bersama imam, tidak hanya setakat separuh jalan.

Untuk rujukan sila layari http://www.abuanasmadani.com/

Diedit oleh : Mahfuzah bt Ahmad Zakuan

1 comment:

  1. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

    Satu perkongsian menarik mengenai bulan Ramadhan. Jemput ke blog saya untuk membaca mengenai Amalan Selepas Solat Subuh di Bulan Ramadhan. Jalalboy

    ReplyDelete