Sunday, March 29, 2015

Majlis Tadarrus Al-Quran Peringkat Daerah Sepang

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Baru-baru ini telah diadakan Majlis Tadarrus Al-Quran Peringkat Daerah Sepang. Majlis ini diadakan pada hari Sabtu bertarikh 28 Mac 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya. Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah menghantar sebanyak enam penyertaan antaranya Mohd Ridhwan (Tilawah Al-Quran Lelaki), Nur Syamimi Athirah ( Tilawah Al-Quran Perempuan), Mohd Nur Fathullah (Hafazan Lelaki), Fatini Rauhah (Hafazan Perempuan), Mohd Aniq ( Bercerita Lelaki) dan Nurul Shasmeen (Bercerita Perempuan). Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai acara yang telah dipertandingkan. Ucapan tahniah kepada Fatini Rauhah bt Fairuz Zamer kerana telah mendapat tempat ketiga untuk Hafazan kategori perempuan. Mudah-mudahan dengan menyertai pertandingan ini, peserta dapat menimba ilmu dan pengalaman untuk lebih maju pada masa akan datang, in sya Allah...

Bergambar bersama hakim pertandingan.

Peserta berbaris mengikut kategori yang dipertandingkan.

Peserta khusyuk menghafaz Al-Quran di bilik pertandingan.

Adik Mohd Aniq sedang menanti giliran untuk membuat
persembahan.

Ucapan oleh Guru Besar SK Cyberjaya.

Tahniah kepada Adik Fatini Rauhah kerana mendapat
 Tempat Ketiga (Kategori Hafazan Perempuan)



Dilaporkan oleh,

Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan







Bacaan Yasin Mingguan ( Minggu ke-10 )

Bismillaahirrahmaanirrahiim...


Jumaat ( 27 Mac 2015 ). Minggu ini adalah minggu ke 10 persekolahan bagi  sesi 2015. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya, kita semua masih dipanjangkan usia dan masih  diberi nikmat kesihatan sehingga kini.  Pada hari ini, program bacaan yasin mingguan dapat dilaksanakan seperti biasa dengan jayanya. Semua warga SKPM berkumpul seawal jam 7.20 pagi di tapak perhimpunan. Majlis dimulai dengan alunan zikir puji-pujian kepada Ilahi. Majlis bacaan Yasin kali ini dipimpin oleh Ustaz Mohammad Helmi bin Jumri. Semua guru dan murid sama-sama mengalunkan bacaan surah yaasin dengan penuh semangat. Semua murid telah memberi kerjasama yang sepenuhnya sepanjang majlis ini berlangsung. Begitu juga dengan semua guru.. Semoga amalan yang mulia ini mendapat ganjaran pahala  yang setimpal daripada Allah Taala...aamin ya rabb.








Disediakan oleh,

Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan

Friday, March 13, 2015

Bacaan Yasin Mingguan ( Minggu ke-9 )

Bismillaahirrahmaanirrahiim...


Minggu ini adalah minggu ke 9 persekolahan bagi  sesi 2015. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya, kita semua masih dipanjangkan usia dan masih  diberi nikmat kesihatan sehingga kini.  Pada hari ini, program bacaan yasin mingguan dapat dilaksanakan seperti biasa dengan jayanya. Semua warga SKPM berkumpul seawal jam 7.20 pagi di tapak perhimpunan. Majlis dimulai dengan alunan zikir puji-pujian kepada Ilahi. Majlis bacaan Yasin kali ini dipimpin oleh Ustaz Mohammad Helmi bin Jumri. Semua guru dan murid sama-sama mengalunkan bacaan surah yaasin dengan penuh semangat. Semua murid telah memberi kerjasama yang sepenuhnya sepanjang majlis ini berlangsung. Begitu juga dengan semua guru. Majlis diakhiri dengan doa oleh Encik Yusnizan b Ahmad Marzuki. Semoga amalan yang mulia ini mendapat ganjaran pahala  yang setimpal daripada Allah Taala...aamin ya rabb.






Disediakan oleh : 
Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan

Friday, March 6, 2015

Bacaan Yasin Mingguan ( Minggu ke-8)

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan Qudrah dan InayahNya program bacaan yasin mingguan dapat dilaksanakan dengan jayanya pada kali ini. Semua warga SKPM berkumpul seawal jam 7.20 pagi di tapak perhimpunan. Majlis dimulai dengan alunan zikir puji-pujian kepada Ilahi. Majlis bacaan Yasin kali ini dipimpin oleh al fadhil Ustaz Mohammad Helmi
bin Jumri. Semua guru dan murid sama-sama mengalunkan bacaan surah yaasin dengan penuh semangat. Semua murid telah memberi kerjasama yang sepenuhnya sepanjang majlis ini berlangsung. Begitu juga dengan semua guru. Semoga amalan yang mulia ini mendapat ganjaran pahala  yang setimpal daripada Allah Taala...aamin ya rabb.

Semua guru dan murid berkumpul di dataran perhimpunan.

Semua warga SKPM khusyuk mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Semua warga SKPM tidak melepaskan peluang membaca kalam Allah.

Beginilah suasana di pagi Jumaat yang amat tenang dan damai.



Dilaporkan oleh : Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan