Sunday, March 29, 2015

Bacaan Yasin Mingguan ( Minggu ke-10 )

Bismillaahirrahmaanirrahiim...


Jumaat ( 27 Mac 2015 ). Minggu ini adalah minggu ke 10 persekolahan bagi  sesi 2015. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya, kita semua masih dipanjangkan usia dan masih  diberi nikmat kesihatan sehingga kini.  Pada hari ini, program bacaan yasin mingguan dapat dilaksanakan seperti biasa dengan jayanya. Semua warga SKPM berkumpul seawal jam 7.20 pagi di tapak perhimpunan. Majlis dimulai dengan alunan zikir puji-pujian kepada Ilahi. Majlis bacaan Yasin kali ini dipimpin oleh Ustaz Mohammad Helmi bin Jumri. Semua guru dan murid sama-sama mengalunkan bacaan surah yaasin dengan penuh semangat. Semua murid telah memberi kerjasama yang sepenuhnya sepanjang majlis ini berlangsung. Begitu juga dengan semua guru.. Semoga amalan yang mulia ini mendapat ganjaran pahala  yang setimpal daripada Allah Taala...aamin ya rabb.








Disediakan oleh,

Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan

No comments:

Post a Comment