Friday, March 6, 2015

Bacaan Yasin Mingguan ( Minggu ke-8)

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan Qudrah dan InayahNya program bacaan yasin mingguan dapat dilaksanakan dengan jayanya pada kali ini. Semua warga SKPM berkumpul seawal jam 7.20 pagi di tapak perhimpunan. Majlis dimulai dengan alunan zikir puji-pujian kepada Ilahi. Majlis bacaan Yasin kali ini dipimpin oleh al fadhil Ustaz Mohammad Helmi
bin Jumri. Semua guru dan murid sama-sama mengalunkan bacaan surah yaasin dengan penuh semangat. Semua murid telah memberi kerjasama yang sepenuhnya sepanjang majlis ini berlangsung. Begitu juga dengan semua guru. Semoga amalan yang mulia ini mendapat ganjaran pahala  yang setimpal daripada Allah Taala...aamin ya rabb.

Semua guru dan murid berkumpul di dataran perhimpunan.

Semua warga SKPM khusyuk mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Semua warga SKPM tidak melepaskan peluang membaca kalam Allah.

Beginilah suasana di pagi Jumaat yang amat tenang dan damai.



Dilaporkan oleh : Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan

No comments:

Post a Comment