Wednesday, May 27, 2015

Lawatan Penanda Aras Musolla

Baru-baru ini, Musolla SK Pulau Meranti telah dilawati oleh beberapa orang guru Pendidikan Islam dari SK Kota Warisan. Seramai 6 orang GPI dari SK Kota Warisan telah hadir bagi melakukan lawatan penanda aras Musolla SK Pulau Meranti. Mereka tiba di SKPM pada jam 2.30 petang. Diharap dengan lawatan penanda aras ini dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua buah sekolah. Selain itu ia dapat menukar buah fikiran bagi memajukan musolla dan surau sekolah masing-masing. In sya Allah.









Dilaporkan oleh: Pn Mahfuzah Ahmad Zakuan

Friday, May 15, 2015

Ceramah Sambutan Israk dan Mikraj

Tarikh : 15 Mei 2015
Masa: 8.00 - 9.00 pagi
Tempat : Dewan SKPM

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama semua warga sekolah telah mengadakan program ceramah Israk dan Mikraj bersempena dengan Israk dan Mikraj pada 27 Rejab 1436H.

Ceramah selama satu jam tersebut telah disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Hishamuddin bin Iberahim dari SK Puchung Indah. Beliau sebelum ini merupakan finalis pertandingan realiti Program Pencetus Ummah di atsro oasis.

Penyampaian yang bersahaja telah dapat menarik minat murid dan guru sekaligus memberikan kesan terhadap penyampaiannya pada hari itu. Selesai sesi ceramah, sesi kuiz murid mengikut tahap diadakan berkisar tajuk Israk dan Mikaj yang telah disampaikan oleh PU Hishammuddin tersebut.

Majlis berakhir pada jam 9.00 pagi. Semoga program Israk dan Mikraj sebegini dapat lagi diadakan pada tahun hadapan. Insha Allah.


Lensa sekitar Ceramah Israk Mikraj 


Ceramah yang disampaikan oleh PU Hishamuddin bin Iberahim

Sebahagian guru-guru lelaki SKPM

Sebahagian guru-guru perempuan di belakang dewan.

Penyampaian cenderahati dari pihak sekolah.

Ucapan penghargaan. Semoga ustaz sudi datang 
lagi ke sekolah kami.

Sesi kuiz diadakan  sebagai mengakhiri
 slot ceramah Israk Mikraj pada hari ini.





Laporan disediakan oleh ,

Nasibah binti Sairi


Bacaan Yasin Mingguan (Minggu ke 16)

15 Mei 2015 bersamaan hari Jumaat. Minggu ini merupakan minggu ke 16 persekolahan bagi  sesi 2015. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya, kita semua masih dipanjangkan usia dan masih  diberi nikmat kesihatan sehingga kini. Pada hari ini, program bacaan yasin mingguan dapat dilaksanakan seperti biasa dengan jayanya. Semua warga SKPM berkumpul seawal jam 7.20 pagi di dewan SKPM.  Semua murid diminta berada di dewan kerana pada hari ini akan diadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj.

Majlis bacaan Yasin dipimpin oleh Ustaz Mohd Helmi b Jumri. Semua guru dan murid sama-sama mengalunkan bacaan surah yaasin dengan penuh semangat. Semua murid telah memberi kerjasama yang sepenuhnya sepanjang majlis ini berlangsung. Begitu juga dengan semua guru. 
Majlis diakhiri dengan doa oleh PU Hisyamuddin Bin Ibrahim dari SK Puchong Indah. Semoga amalan yang mulia ini mendapat ganjaran pahala  yang setimpal daripada Allah Taala...aamin ya rabb.


Murid khusyuk membaca surah yaasin.

Para guru tidak ketinggalan bersama-sama murid
mengalunkan bacaan yaasin.

Para guru tidak ketinggalan bersama-sama murid
mengalunkan bacaan yaasin.

Murid membaca surah yaasin dengan penuh semangat.



Disediakan oleh :
Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan


Wednesday, May 13, 2015

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Musolla


Murid membuat latihan sebagai aktiviti pengukuhan.

Membaca al-Quran secara berkumpulan.

Aktiviti berkumpulan

Tasmik dan talaqqi musyafahah 

Aktiviti pemulihan dan pengukuhan jawi

Murid membentangkan hasil kerja

Kelas tasmik turut dilaksanakan di dalam musolla.

Kelas tasmik turut dilaksanakan di dalam musolla.

Aktiviti pengukuhan

Murid sedang mengikuti P&P

Khusyuknya murid mendengar penerangan guru.

Khusyuknya murid mendengar penerangan guru.

P&P turut dilaksanakan di kawasan podok bacaan musolla.
 P&P turut dilaksanakan di kawasan podok bacaan musolla.



Dilsediakan oleh :
Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan

Friday, May 8, 2015

Bacaan Yasin Mingguan ( Minggu 15)

8 Mei 2015 bersamaan hari Jumaat. Minggu ini merupakan minggu ke 15 persekolahan bagi  sesi 2015. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya, kita semua masih dipanjangkan usia dan masih  diberi nikmat kesihatan sehingga kini. 

Pada hari ini, program bacaan yasin mingguan dapat dilaksanakan seperti biasa dengan jayanya. Semua warga SKPM berkumpul seawal jam 7.20 pagi di tapak perhimpunan. Majlis dimulai dengan alunan zikir puji-pujian kepada Ilahi. Majlis bacaan Yasin dipimpin oleh Ustaz Mohd Helmi b Jumri. Semua guru dan murid sama-sama mengalunkan bacaan surah yaasin dengan penuh semangat. Semua murid telah memberi kerjasama yang sepenuhnya sepanjang majlis ini berlangsung. Begitu juga dengan semua guru. 

Majlis diakhiri dengan doa oleh Cikgu Mohd Taufik bin A.Rahman. Semoga amalan yang mulia ini mendapat ganjaran pahala  yang setimpal daripada Allah Taala...aamin ya rabb.



Guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan

Murid khusyuk mendengar taklimat daripada Ustaz Helmi.


Dilaporkan oleh :
Pn Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan

Wednesday, May 6, 2015

Ilalliqaa' Wa Ma'assalaamah

6 Mei 2015 ( Rabu ) merupakan hari terakhir praktikal di SK Pulau Meranti buat keempat-empat guru praktikum : Ustaz Fathullah, Ustaz Haziq, Ustaz Sirajul dan Ustaz Mohd Nor. Selepas sebulan menjalani latihan praktikal perguruan keempat-empat ustaz tersebut telah menunjukkan komitmen yang tinggi  dan telah memberi kerjasama yang baik dalam membantu Panitia Pendidikan Islam khasnya dan pihak sekolah amnya. 

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah mengadakan jamuan perpisahan sebagai tanda kenang-kenangan. Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang. Ilalliqaa'  Wa Ma'assalaamah.

Ucapan Ketua Panitia Pendidikan Islam

Ucapan PK Pentadbiran

Ucapan wakil guru praktikal 

Jamuan perpisahan bersama pentadbir


Disediakan oleh :
Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan