Friday, May 15, 2015

Bacaan Yasin Mingguan (Minggu ke 16)

15 Mei 2015 bersamaan hari Jumaat. Minggu ini merupakan minggu ke 16 persekolahan bagi  sesi 2015. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya, kita semua masih dipanjangkan usia dan masih  diberi nikmat kesihatan sehingga kini. Pada hari ini, program bacaan yasin mingguan dapat dilaksanakan seperti biasa dengan jayanya. Semua warga SKPM berkumpul seawal jam 7.20 pagi di dewan SKPM.  Semua murid diminta berada di dewan kerana pada hari ini akan diadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj.

Majlis bacaan Yasin dipimpin oleh Ustaz Mohd Helmi b Jumri. Semua guru dan murid sama-sama mengalunkan bacaan surah yaasin dengan penuh semangat. Semua murid telah memberi kerjasama yang sepenuhnya sepanjang majlis ini berlangsung. Begitu juga dengan semua guru. 
Majlis diakhiri dengan doa oleh PU Hisyamuddin Bin Ibrahim dari SK Puchong Indah. Semoga amalan yang mulia ini mendapat ganjaran pahala  yang setimpal daripada Allah Taala...aamin ya rabb.


Murid khusyuk membaca surah yaasin.

Para guru tidak ketinggalan bersama-sama murid
mengalunkan bacaan yaasin.

Para guru tidak ketinggalan bersama-sama murid
mengalunkan bacaan yaasin.

Murid membaca surah yaasin dengan penuh semangat.



Disediakan oleh :
Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan


No comments:

Post a Comment