Friday, May 8, 2015

Bacaan Yasin Mingguan ( Minggu 15)

8 Mei 2015 bersamaan hari Jumaat. Minggu ini merupakan minggu ke 15 persekolahan bagi  sesi 2015. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya, kita semua masih dipanjangkan usia dan masih  diberi nikmat kesihatan sehingga kini. 

Pada hari ini, program bacaan yasin mingguan dapat dilaksanakan seperti biasa dengan jayanya. Semua warga SKPM berkumpul seawal jam 7.20 pagi di tapak perhimpunan. Majlis dimulai dengan alunan zikir puji-pujian kepada Ilahi. Majlis bacaan Yasin dipimpin oleh Ustaz Mohd Helmi b Jumri. Semua guru dan murid sama-sama mengalunkan bacaan surah yaasin dengan penuh semangat. Semua murid telah memberi kerjasama yang sepenuhnya sepanjang majlis ini berlangsung. Begitu juga dengan semua guru. 

Majlis diakhiri dengan doa oleh Cikgu Mohd Taufik bin A.Rahman. Semoga amalan yang mulia ini mendapat ganjaran pahala  yang setimpal daripada Allah Taala...aamin ya rabb.



Guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan

Murid khusyuk mendengar taklimat daripada Ustaz Helmi.


Dilaporkan oleh :
Pn Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan

No comments:

Post a Comment