Sunday, April 5, 2015

بسم الله الرحمن الرحيم


"JOM AKHLAK" 
Oleh Dr Juanda Jaya.

Bagaimanakah cara untuk kita menghindari perbuatan maksiat..?

Pertama : Sentiasa mengingati Allah SWT. 
Ingatlah Allah di mana sahaja kita berada. Rasailah kehadiranNYa, Yang Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang kita lakukan.

Kedua : Lakukan aktiviti yang memberi manfaat. 
Sabda Nabi SAW : "Daripada kebaikan Islam, seseorang itu meninggalkan sesuatu perbuatan yang tidak bermanfaat baginya."
( Riwayat at-Tirmidzi)

Ketiga : Pilihlah sahabat yang berakhlaq mulia. 
Firman Allah : " Bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan petang. Janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mahukan perhiasan dunia. Janganlah kamu ikuti mereka yang kami lalaikan hatinya daripada mengingati kami dan mereka hanya mengikut hawa nafsu. Keadaan mereka itu sangat melampaui batas. ( Surah Al-Kahfi 18:18)

Keempat : Merancang masa dengan baik.
Sabda Nabi SAW : " Jika kamu berada pada waktu petang janganlah dinanti waktu pagi. Jika kamu berada pada waktu pagi pula, janganlah ditunggu waktu petang. Pergunakanlah masa sihatmu sebagai persiapan menghadapi masa sakitmu. Pergunakanlah masa hidupmu sebagai persiapan kematianmu." ( Hadith Bukhari ) 

Kelima : Sentiasa perbaharui iman setiap hari.
Antara cara memperbaharui iman dengan menghadiri majlis ilmu, mendengar nasihat dan motivasi kerana manusia sentiasa lalai dan lupa. 

Wallahua"lam..
   

Dilaporkan oleh :
Pn Mahfuzah bt Ahmad Zakuan

No comments:

Post a Comment