Saturday, January 24, 2015

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH 1436H/2015

Pulau Meranti, 23 Januari 2015- telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Program anjuran Panitia Pendidikan Islam ini diadakan setiap tahun bagi memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW dan menanamkan sifat kasih  sayang serta cinta murid-murid terhadap Nabi Muhammad SAW.

Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan berkumpul di dataran perhimpunan. Seterusnya murid-murid berarak mengikut kelas masing-masing dari dataran perhimpunan sekolah ke jalan besar hadapan sekolah. Sambil berarak, murid-murid dikehendaki berselawat terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW. Selepas berarak, murid-murid masuk ke dewan untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh ustaz Muhammad Helmi bin Jumri. 

Program berakhir pada pukul 10.00 pagi dengan acara kemuncak pengumuman pemenang perarakan terbaik dan berdisiplin. Bagi kategori Tahap 2 Tempat pertama dimenangi oleh kelas 5 Gemilang. Tahniah dan syabas kepada kelas yang menang.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua khususnya kepada murid-murid. Semoga berjumpa ditahun hadapan.

Salam Maulidur Rasul 1436 H

GAMBAR SEKITAR AKTIVITI SAMBUTAN MAULIDURRASUL

Murid-murid berbaris dengan sepanduk kelas masing-masing


Sepanduk dari kelas Tahun 1 Gemilang.


Murid Pra Sekolah juga tidak ketinggalan menyertai perarakan MaulidurRasul.


Ustazah Roshida sedang memberi taklimat mengenai perjalanan program pada hari itu.


Perarakan MaulidurRasul dimulai dengan kontijen dari kelas Tahun 6 Gemilang

Kontijen dari kelas 6 Cemerlang


Perarakan dari kelas 6 Cemerlang 

Perarakan kelas tahun 4

Ucapan alu-aluan daripada En. Azmin, GPK Pentadbiran.

Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Helmi bin Jumri.


Kumpulan Nasyid al-Ehsan dari tahun 6 dengan persembahan nasyid mereka yang bertajuk Rasulullah.







No comments:

Post a Comment