Wednesday, May 4, 2016

PROGRAM BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT PERDANA

Program Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Perdana merupakan aktiviti di bawah Panitia Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab serta kerjasama PIBG SK Pulau Meranti dan Masjid Meranti, Kampung Pulau Meranti, Puchong.

Program ini merupakan salah satu usaha yang dirancang untuk kecemerlangan murid-murid tahun 6 khususnya dan murid-murid yang lain umumnya. Bagi memohon kehadrat Allah S.W.T ketenangan, kemudahan serta kelancaran dalam urusan menuntut dan menyebarkan ilmu.

Selain dari usaha mendoakan kejayaan murid-murid, ianya dapat membentuk budaya berusaha bersungguh-sungguh memohon doa dan bertawakkal kepada Allah serta merapatkan hubungan antara murid, ibubapa, guru dan masyarakat setempat.

Program ini bermula pada jam 7.00 petang dengan pendaftaran para hadirin dan murid-murid SK Pulau Meranti. Dimulai dengan solat maghrib secara berjemaah seterusnya bacaan yaasin dan solat hajat beramai-ramai. Murid yang hadir bersama ibubapa diminta untuk duduk bersama-sama ibubapa masing-masing sepanjang program. Kemudian, para jemaah menunaikan solat Isyak berjemaah. Lebih kurang jam 9.30 malam semua murid, ibubapa, guru dan para jemaah dijamu dengan jamuan makan malam.




                                                                    LENSA KAMERA











Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang. Semoga usaha murni ini diberkati oleh Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment