18 April 2015 (Sabtu)- program kem bestari solat sekolah kebangsaan pulau meranti telah di jalan untuk murid tahap satu yang mana terdiri daripada murid tahun satu, dua dan tiga dan sebilangan daripada murid tahun empat, lima dan enam. kem bestari solat ini telah diperkukuhkan oleh tenaga dakwah ustaz ustazah dan di bantu oleh empat orang ustaz yang melakukan praktikum di sekolah ini. kem bestari solat ini telah bermula pada tepat jam 7.30 pagi, yang mana peserta dikehendaki untuk berhimpun di dataran perhimpunan.
program dimulakan dengan meminta keberkatan pada Ilahi dengan serangkap doa yang telah di ketua oleh salah seorang daripada peserta kem ini.
kem ini beranjak maju dengan senamanrobik dan taklimat kem bestari solat yang di sampaikan oleh pn Nasibah binti Sairi yang mana beliau telah mengetuai senaman senamerobik dan memberikan taklimat kepada peserta.
seterusnya program beranjak maju dengan peserta diberikan tempat-tempat khusus untuk mengikuti kem ini. tempat-tempat tersebut ialah bilik-bilik darjah yang berdekatan. kem dilanjutkan dengan setiap kumpulan akan ada guru yang mengajar tentang cara solat yang sempurna dan betul. antara intipati pengajaran yang di dedahkan dalam kem ini adalah hafaz surah-surah pendek, lafaz niat 5 solat, perlakuan setiap langkah solat bermula dengan niat di akhiri dengan salam, cara wuduk yang sempurna dan tayangan dan amali solat bagi setiap peserta.
program ini telah berakhir pada jam 12 tengahari dengan harapan setiap guru terutama guru besar sekolah adalah dapat melahirkan murid yang mempunyai ketinggian pada ilmunya dan ketinggian pada imannya.
para peserta diberikan taklimat dan senamrobik
sesi senamrobik yang diterapkan zikir sebagai kiraan
sesi pembahagian tempat dan guru
pergerakan ke bilik-bilik pembelajaran
sesi pengajaran kem bestari solat
keadaan ketika waktu rehat peserta
pengajaran yang dikelolai oleh guru praktikum
murid berkumpul sebelum sesi kedua di jalankan
peserta di nilai secara individu
tunjuk cara bagi kelakuan solat yang betul
tayangan multimedia di dalam surau
tayangan multimedia berunsurkan kepada rukun
solat dan lain-lain yang berkaitan
guru praktikum menilai prestasi murid
amali solat yang dilakukan oleh perserta
penilaian oleh guru dalam amali solat yang dilaksanakan
الحمدالله
sekian terima kasih...........
coretan dan nurkilan yang diadaptasikan oleh guru praktikum iaitu Matnor bin matkasim.
No comments:
Post a Comment