Jumaat, 26 Mei 2017 telah diadakan Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam
dan Bahasa Arab serta Program Ihya Ramadhan 2017. Program ini diadakan
bersekali dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi tahun 2017.
Acara dimulakan dengan bacaan Yasin oleh semua guru dan murid beragama Islam.
Selesai bacaan Yasin,majlis diteruskan dengan Pelancaran Bulan Panitia
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Program Ihya Ramadhan 2017
oleh Puan Guru Besar.
Bagi memeriahkan lagi majlis, kumpulan nasyid sekolah telah menghiburkan
para guru dan murid dengan beberapa buah lagu. Aktiviti mewarna turut
diadakan bagi murid pra sekolah dan tahap satu. Manakala murid tahap
dua disajikan dengan pengisian rohani melalui ceramah berkaitan bulan
Ramadhan yang disampaikan oleh penceramah jemputan.
Majlis berakhir sekitar jam 10.30 pagi dengan Puan Guru Besar
menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan.