Tuesday, June 30, 2015

Pertandingan Hafazan

Sempena Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, pertandingan hafazan turut diadakan. Pertandingan hafazan dilaksanakan pada setiap Hari Rabu sepanjang Bulan Ramadhan. Pertandingan ini terbuka untuk semua murid Tahap 2.Tujuan ia diadakan adalah untuk mencungkil bakat terpendam para murid SK Pulau Meranti. 


Ustazah Mahfuzah memperkenalkan para peserta
hafazan.

Hakim hafazan, Ustazah Roshida Bt Nayan.

Peserta sedang menghafaz surah.

Murid diminta menyambung ayat dengan sempurna.

Khusyuknya murid mendengar hafazan surah.


Peserta teliti membacakan ayat yang dihafaz.

Disediakan oleh : Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan

Saturday, June 27, 2015

Tadarrus Al-Quran


Tadarus Al-Qur’an, pada asasnya bermaksud membaca Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan.

Panitia Pendidikan Islam juga tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan amalan bertadarrus di sepanjang Bulan Ramadhan. Murid tahap 2 adalah antara murid yang terlibat dalam program tadarrus. Selain itu, guru2 dan staf juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan amalan yang mulia ini. Ya Allah! Semoga Engkau menerima amalan kami ini..aamin.. Ya Rabb.











Dilaporkan oleh : Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan

Wednesday, June 24, 2015

Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Isnin ( 22 Jun 2015 ) - Ramadhan Kariim...merupakan ucapan yang diucapkan oleh orang Arab apabila tibanya bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang mulia lagi diberkati oleh Allah SWT.  Jadi, masih belum terlambat untuk kami, semua guru Pendidikan Islam & Bahasa Arab mengucapkan 'Ramadhan Kariim' dan 'Selamat  Berpuasa' kepada seluruh warga SKPM. Mudah-mudahan ibadah puasa kita kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. In sya Allah. 

Setelah berakhirnya Bulan Panitia Sains, maka bermulalah pelancaran bagi Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi sesi 2015. Majlis dimulai dengan tazkirah ringkas oleh Ustazah Norhanim selaku pengerusi majlis pada hari ini. Kemudian diteruskan dengan ucapan Ketua Panitia Pendidikan Islam,Ustazah Ainul Fathiah. Beliau telah menerangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Antaranya:

1) Tadarrus Al-Quran ( Guru / Staf / Murid Tahap 2)
2) Pertandingan Hafazan (Juzuk 30)
3) Teka Silangkata Ramadhan
4) Tazkirah Ramadhan
5) Kuiz Ramadhan
6) Amali Solat Sunat Dhuha (Tahap 2)
7) Majlis Khatam Al-Quran
8) Mewarna Kad Ucapan Hari Raya

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SKPM, Pn Siti Habsah Bt Ahmad. Beliau meminta agar semua murid tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian di dalam semua aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Majlis pelancaran bulan Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab berakhir pada jam 8.15 pagi. Sekian.



LENSA KAMERA


Gimik pelancaran Bulan Panitia P.Islam & B.Arab

Perasmian oleh Guru Besar

Kumpulan kompang



Ucapan perasmian oleh Pn Siti Habsah Bt Ahmad,
Guru Besar SKPM


Pemberian cenderahati kepada semua pentadbir sempena
Bulan Ramadhan.


Disediakan oleh : 
Pn Mahfuzah  Bt Ahmad Zakuan